Hai!!

"Sekiranya anda datang dari lurah yang dalam dan bercita-cita menakluki puncak tinggi, itu bukan mimpi. selagi anda berpegang kepada visi dan memiliki matlamat yang jelas, anda berkomited untuk meneruskan perjalanan, berkemungkinan besar anda tetap akan berjaya.kalau pun tidak dapat mencapai puncak anda sebenarnya mangkin hampir kepadanya. itu lebih baik daripada MENDIAM DIRI "

MEMORY

MEMORY

..............

..............

.............

.............

Running

Running

Google+ Followers


Get this widget!

Anak-anak ku..

Thursday, July 18, 2013

Assalammualaikum dan selamat pagi..

Alhamdulillah sekarang kita dah masuk hari ke 10 berpuasa di bulan Ramadhan untuk tahun 2013 ni. Mudahan kita semua berlumba-lumba mengejar manafaat yang terlalu istimewa di bulan ini yang memang tak ada pada bulan-bulan yang lain.

Lama betul saya tak ceritakan tentang anak-anak bertuah saya.. 
Mereka dah besar..

Nurul Iman, sudah 2 tahun 8 bulan dan adiknya Nurul izzati dah masuk 1 tahun 5 bulan. Sejak Izzati pandai jalan ni, Iman makin ligat dan rumah kami sentiasa meriah dengan suara mereka berdua.

Nurul Iman, anak sulung ni betul-betul membuatkan saya rasa umur sudah meningkat dan semakin perlu bertanggungjawab. Gaya bercakap bagai orang cerdik pandai. Dah pandai menegur bila saya marah, Iman akan cakap "abah cakap plan-plan.. Jangan mayah-mayah" nak marah pun tak jadi. Iman suka mengkritik dengan setiap pekara terutama ketika dia bermain dengan Izzati. Kami sentiasa lakukan pekara bersama seperti mengemas rumah, menanam pokok, memasak dan banyak lagi, malah pada usia semuda ini Iman dah pandai memberi pendapat, empati, manja dan pelbagai percakapan yang kadang-kadang buat saya ketawa dan geleng kepala.

Nurul Iman anak paling manja walaupun dia yang paling tua. Tetapi, Iman amat protektif terhadap adiknya dan seorang kakak yang penyayang. Alhamdulillah mudahan ia kekal buat selamanya. 

Pada usia yang semuda ini juga Nurul Iman sudah pandai menyusun ayat bila nak bertutur kata dengan orang lain walaupun bahasa yang di gunakan kadang kala tidak faham. Nurul Iman seorang yang sangat pemalu dan agak penakut sikit, dia akan nangis kalau melihat lelaki yang tidak dikenali terutama lelaki yang berwajah agak ganas. Sensitif tu biasa lah bagi perempuan kan, macam ibunya jugak Hehe. Bak kata perpatah kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi..

Nurul Iman dan Nurul Izzati adalah teman yang paling saya rindu , terutama setiap kali tidur. Saya suka memeluk Iman dan izzati sebelum tidur, bila sedang memasak si kakak ni akan over diri untuk menolong walaupun sebenarnya hanya nak menyepahkan dapur je dan bila saya sedang buat kerja-kerja lain di rumah 2 puteri ni lah yang sentiasa menemani.

Tanpa mereka berdua di rumah, mesti sunyi sepi juga. 

Nurul Iman suka buku dan majalah Pa&Ma, boleh dikatakan setiap hari dia kan memegang satu buku atau majalah. Walaupun tak pandai membaca, dia hanya suka melihat gambar pada buku atau majalah. Tak berapa gemar art dan amat suka gadget, electronics. Bila ajar mewarna dia akan cepat bosan dan lebih minat untuk bercerita melalui gambar yang di lihat, buat puzzle dan lain2. Manakala Nurul Izzati akan ikut apa yang kakaknya lakukan.

Telatah Nurul Iman dan Nurul Izzati sentiasa dirindui, walaupun kadang-kala saya terpaksa melakukan urusan luar dan bermalam di luar untuk sehari. Kadangkala saya nak keluar untuk ke Latihan sukan pun terbantut kerana lebih suka melayan mereka berdua. Dua puteri ini ibarat penyeri kehidupan kami suami isteri dan selalu buat kami ketawa dengan keletahnya.

Dari celik mata bangun tidur, akan terdengarlah pot pet pot pet mereka berdua, kadang kala Iman gaduh dengan adiknya berebut barang. Tak kurang juga merengek rengek bila nampak muka Ibunya. Oh anak-anak abah yang kadang kala menduga kesabaran dan paling membuatkan saya sentiasa berfikir untuk idea-idea baru macam mana nak handle karenah dan situasi. hehe..

Nurul Izzati, si cool saya yang memang jika siapa yang pernah jumpa akan cakap “Memanglah senang betul bela yang kecik ni.. cool, tetapi bermuka garang dan tak berapa buat perangai langsung” – syukur.. 

setakat ini si adik ni memang menyenangkan hati. Bersahaja, cool, berwajah garang tetapi comel, manja, suka merajuk sikit dan ada gaya lembut hati orangnya. Kadang kala tu buat perangai 
juga, Bila dia bergabung dengan kakak le. tetapi dalam versi nya yang tersendiri. 

Izzati ni jenis anak yang banyak “memerhati” dan “bersabar” dengan karenah kakaknya dan agaknya kalau lah dia boleh cakap, dia akan cakap “ape la kakak aku ni, takpelah layan je”.

Izzati nampak gaya jenis yang suka mengunyah, setiap saat dia mesti akan ambil balang keropok keping atas meja dan dibawa pada saya, setiap kali perbuatan tu dilakukan saya faham le apa yang dia nak. Teringat pulak masa Izzati baru pandai merangkak, salah satu cara saya lakukan nak bagi Izzati diam waktu saya melakukan kerja-kerja lain di rumah adalah dengan memberi dia memegang biskut. Dia akan berdiam dan buat hal sendiri sehingga biskut tu habis.

Itulah anak-anak, setiap hari memberi pengalaman baru dalam hidup Kami sebagai Ibu Bapa. Tipu kalau kata anak-anak saya tiada perangai yang buat saya pening kepala. Tapi inilah seorang ibuBapa, takkan pernah bercerita buruk tentang anak-anaknya. Kalau boleh ditelan, telan dan cerna sahaja. 

Saya rasa zaman mak ayah saya dulu juga mungkin melakukan pekara sama untuk anak-anaknya yang selalu memeningkan kepalanya. Tapi tak pernah pula mak ceritakan apa keburukan saya kepada sesiapa. Begitu juga saya kini, Entah betul entahkan tidak caranya. Yang baik-baik saya akan puji mudahan ia terus kekal.

Pernah terbaca berkenaan method psikologi, saya cuba amalkan method ini pada keluarga. Contohnya Nurul Iman kelihatan agak tidak manu mendengar kata berbanding biasa.
Sebagai IbuBapa cuba elakkan dari berkata “kenapa DEGIL sangat ni?” tetapi lebih kepada “budak baik, budak cantik tak buat macam tu kan? Budak baik dengar cakap kan?”.

Atau dua beradik sedang bergaduh.
Sebolehnya elak lah dari berkata “Jangan gaduhlah! Korang ni nak jadi apa ni?”. Tetapi cuba gunakan pendekatan “Anak baik abah dan ibu tak gaduh kan? Kita kena sayang adik beradik kita sampai bila-bila″.

Saya dapati ianya agak “tarik nafas dalam” tetapi berkesan!.. hehehe.. Betul lah kata-kata Abang Ipar saya,setiap Ibu Bapa berlu membiasakan dan belajar untuk sentiasa bersabar terutama dalam urusan mendidik anak-anak.

Saya suka mendengar setiap celoteh anak-anak terutama ketika Iman cerita dan untuk Izzati jugak, tak sabar pulak nak tunggu Izzati pandai berkata-kata. 

Saya tak mahu Iman dan izzati rasa bosan, dan Saya tak mahu mereka sorokkan atau memendam apa-apa. Sebab saya percaya dari sikap kita yang suka bercertia dengan anak-anak boleh mengeratkan hubungan dan menjadikan meraka lebih selesa berkawan dengan Ibubapa sendiri berbanding rakan di luar.


Gelagat 2 Puteri ku di hari minggu..
Harap sikap saya dan anak-anak akan kekal hingga akhir hayat. Saya pun pernah remaja dan saya tahu apa yang baik dan buruk untuk anak-anak saya. Pernah bercinta, pernah mengenali kawan-kawan dari pelbagai latarbelakang. Saya mahu anak-anak ini bercerita dengan saya atau ibunya, biar saya dan isteri mengenali dan mengetahui setiap inchi cerita mereka walaupun ianya kadangkala pahit untuk ditelan.

Saya akan mencari dan terus mencari, jika perlu menggali saya akan lakukan untuk mendidik Iman dan Izzati mudahan mereka menjadi Insyan yang berguna satu hari nanti. Ada banyak yang saya dan isteri applikasikan, tetapi rasanya masih kurang dan perlu di perbaiki. Saya harap jika pembaca ada apa-apa pendapat kita boleh berkongsi sedikit demi sedikit dan bertukar pendapat ya kawan-kawan.

Kami tak tahu apa impaknya di masa hadapan, tetapi apa yang boleh dikongsikan disini. Nurul Iman dan Nurul Izzati menunjukkan sikap selesa dan amat rapat dengan kami berdua, sering bertukar pendapat dengan mereka walaupun masih kecil, mereka membesar sebagai kanak-kanak yang aktif dan ceria. Dan kami tak malu mengangkut mereka ke mana sahaja. Insya'Allah mudahan Nurul Iman dan Nurul Izzati akan kekal menjadi anak yang ceria dan pandai mengambil hari terutama Orang tua dan ibu bapanya sendiri.

Aktiviti dan rutin hujung minggu masih dijalankan seperti biasa walaupun kurang dengan aktiviti berbelanja di pasaraya besar. Kami masih ada masa kualiti tersendiri dan cara untuk menghiburkan hati mereka berdua.

Dua beradik ni memang kawan baik dan kawan gaduh saya.

Ini lah Keluarga kecil kami.. Sebagai ibu bapa muda, tugas mendidik anak merupakan satu tugas yang besar dan perjalanan masih jauh untuk saya katakan berjaya dalam memberi dan mendidik amanah Allah ini. Semoga kita berjaya mendidik anak kita menjadi anak yang soleh/solehah, cerdas, pintar, menghormati orang tua dan berbudi bahasa. Amin..

Saya tiada harta lain, selain anak-anak yang akan mendoakan saya setiap hari nanti sehingga hujung nyawa.

Buat Iman dan Izzati yang membaca nukilan ni satu hari nanti, Ini adalah harapan dan pengorbanan abah dan Ibu terhadap kamu berdua.. Jadilah anak yang baik dan Solehah..


Gambar : Nurul Iman & Nurul Izzati ketika bercuti di Cameron Highland
Keluarga ku : Gambar ketika Majlis Perkahwinan adik perempuan
di Perak. 

0 Komen/Ulasan:

Post a Comment

Terima Kasih melayari blog Mutiara Hati Insan
Thank you for visiting the blog Mutiara Human Liver .

10 Artikel Popular