"Mutiara Hati Insan"








"Sekiranya anda datang dari lurah yang dalam dan bercita-cita menakluki puncak tinggi, itu bukan mimpi. selagi berpegang kepada visi dan matlamat yang jelas, berkomited untuk meneruskan perjalanan, berkemungkinan besar anda tetap akan berjaya. kalau pun tidak dapat mencapai puncak anda sebenarnya mangkin hampir kepadanya. itu lebih baik daripada MENDIAM DIRI "

MEMORY

MEMORY

..............

..............

.............

.............

Running

Running

Get this widget!

Calon Isteri lebih Tua daripada Suami

Monday, October 8, 2012

Sembang dengan Boss mengenai Lelaki kahwin Wanita tua.. Saja je berkongsi pendapat, tapi tidak le sampai nak berbahas.. Selepas perbualan, saya berangapan Masyarakat kita pada hari ini terutama ibubapa tidak selesa apabila calon isteri lebih tua dari anak lelaki.. 

Kenapa ye?..emmmm

Tetapi bagi saya sebagai lelaki dan suami rasanya masalah calon isteri lebih tua dari suami bukan satu masalah besar.. Asalkan si isteri tahu tanggungjawabnya pada suami mengikut nilai islam walaupun usianya lebih, bagi saya sudah memadai.. nak cerita panjang bab ni pun bukan saya tahu sangat, saya pun masih belajar dalam ilmu rumahtangga.. 

Dari pencarian saya mengenai calon isteri lebih tua saya terjumpa satu persoalan dan jawapan yang rasanya lengkap dan terjawab.. 



Soalan: 
Saya seorang lelaki berumur 24 tahun. Saya telah bertemu dengan seorang perempuan yang berumur 29 tahun, yang dahulunya bekerja satu ofis dan kini berpindah ke tempat lain. Walaupun kami cuma berkawan biasa, sama seperti saya berkawan dengan orang lain, namun hati saya semakin dekat padanya dan begitu juga dengan hatinya yang semakin dekat pada saya. Sebelum ini walaupun mempunyai beberapa kawan perempuan yang lain namun tidak pernah saya alami seperti ini. Saya pernah buat sembahyang Istikharah, tetapi saya tidak tahu bagaimana petunjuk yang sebenar. Namun semakin hari semakin dekat hati saya padanya. Bukan kerana rupa atau harta, tapi keikhlasan yang melebihi segala-galanya.
Oleh itu saya ingin bertanya adakah ini merupakan petanda jodoh yang telah ditentukan oleh Allah. Saya bimbang jika saya tersalah pilih kerana perkahwinan adalah perkara yang besar dan penting dalam kehidupan. Buat pengetahuan, saya telah pun bertunang dengannya dan pertunangan kami direstui dan disukai oleh ibu-bapa dan saudara-mara malahan mereka berusaha bersungguh-sungguh dalam menyiapkan persiapan untuh perkahwinan.
Akhir sekali, adakah apa-apa kesan jika saya berkahwin dengan perempuan yang lebih tua kerana ada pendapat mengatakan anak yang bakal dilahirkan nanti kurang normal. Atau mungkin kesan dalam kehidupan akan datang. Sebelum saya berkahwin, tolonglah beri panduan kepada saya.
Suhaimi, Kajang
Jawapan: 
Perkara yang mulia dan dituntut jika seseorang ingin membuat pilihan tertentu begitu juga tentang jodoh dengan melakukan solat Istikharah. Dengan solat Istikharah tersebut kita akan memperoleh jawapan yang terbaik terhadap pilihan kita. Berbagai cara Allah tunjukkan tentang firasat hasil dari solat kita tersebut. Kadangkala melalui kecenderungan hati yang sentiasa suka terhadapnya dan disokong dengan suasana dan keadaan. Jika Allah telah menentukan demikian, maka insya Allah, pasangan anda tersebut merupakan insan yang terbaik yang akan dijadikan sebagai isteri.
Mengenai faktor usia bukanlah menjadi ukuran, apatah lagi perbezaan umur dengan pasangan anda hanya lima tahun. Rasulullah SAW berkahwin dengan Siti Khadijah ketika baginda berumur 25 tahun sedangkan Siti Khadijah 40 tahun. Perbezaan 15 tahun antara Rasulullah dengan Siti Khadijah tidak menjadi halangan dalam perkahwinan baginda, bahkan melalui Siti Khadijah lah Rasulullah SAW memperoleh zuriat yang ramai dan terpuji.
Pendapat yang mengatakan berkahwin dengan wanita yang lebih tua daripada lelaki bakal melahirkan anak yang kurang normal adalah pendapat yang keliru lagi sesat. Jika kita mempercayai pendapat yang bodoh ini maka kita sebenarnya telah memperleceh dan tidak pandai menerima hakikat sebenar yang pernah terjadi dalam kehidupan Rasulullah SAW. Sebagai orang Islam dan beriman kepada Allah, ikutilah sunnah dan jangan mudah percaya perkara yang kurut atau khurafat dan bid'ah, agar kehidupan kita selamat di dunia dan di akhirat. Teruskanlah usaha anda ingin mengahwini pasangan anda tersebut semoga kebahagiaan dan kedamaian akan anda nikmati dan binalah rumahtangga menurutu konsep ajaran Islam. Wallahu A'lam.

Dari soal jawab di atas bagi saya kita harus bertanya kepada diri mengapa kita berkahwin?.. 

Sebagai manusia kita akan menghadapi berbagai kepincangan sekiranya pergaulan antara lelaki dan wanita tidak diatur dan disusun mengikut peraturan tertentu.. Betul tak?..

Dalam Islam tajuan perkahwinan ialah menyusun pergaulan antara lelaki dan wanita supaya dapat mewujudkan suasana kasih sayang yang memperindahkan kehidupan. Tanpa penyusunan yang rapi di dalam pergaulan di antara lelaki dan wanita, kepincangan tidak dapat dielakkan.

Sebenarnya dalam perkahwinan ianya telah ditentukan kewajipan-kewajipan dan peraturan-peraturan yang akan membawa kebahagiaan kepada pasangan yang mematuhinya. 

Kewajipan Dan Tanggungjawab seseorang yang hendak mendirikan rumahtangga hendaklah menginsafi bahawa kewajipan dan tanggungjawab sedang menantinya. Membina keluarga bermakna bertambahnya tanggungjawab terhadap isteri dan anak-anak. 


Di sini saya sertakan kewajipan dan tanggung jawab suami isteri sebagai peringatan bersama.. Saya ambil dari blog Jalan Akhirat.. Kadang kala kita sebagai suami dan isteri merasa kita dah lakukan yang terbaik tetapi sebaliknya..



Kewajipan Suami

1. Suami adalah ketua kelualga, pelindung isteri dan anak-anak. Sebagai pelindung keluarga dan ketua unit masyarakat yang kecil ini, suami berkewajipan mangawal, membimbing, menentukan tugas, menyelaraskan ke@a, berusaha mencari keperluan hidup keluarga dan berusaha menyediakan faktor-faktor kebahagiaan dan keselamatan keluarganya.


2. Dia wajib menyediakan rumah kediaman, pakaian dan makan minum keluarga. Dia wajib mengajar anak isterinya dengan hukum-hukum agama. Kalau tidak mampu mengajar sendiri dia wajib menanggung biayanya. Dalam hal ini suami yang bijak awal-awal lagi akan memilih isteri yang beragama. Dengan itu dapat meringankan beban dan kewajipannya mengajar agama kepada isterinya. Isteri yang beragama itu, pasti dapat beke@asama mendidik anak-anak dalam kehidupan beragama.

3. Pentadbiran suami di dalam iumahtangga hendaklah berdasarkan rahmah (kasihan belas) berakhlak dan contoh yang baik. la bertanggungjawab di hadapan Allah S.WT. terhadap keluarganya. Bersikap baik dan adil di dalam mengendalikan nunahtangga adalah penting. Rasulullah s.a.W mensifatkan orang yang baik ialah orang yang baik kepada ahli rumahnya.

4. Suami hendaklah mengasuh isteri dengan baik. Rasulullah s.a.w. menyifatkan kaum wanita sebagai amanah Allah S.W.T. Amanah itu hendaklah dijaga dengan cermat. Misalnya jika kita diamanahkan sesuatu barang dan barang itu rosak di tangan kita, tentulah ia akan melibatkan nama baik kita. Sebab itu Rasulullah s.a.w. berpesan supaya bersikap baik terhadap wanita dan sentiasa memesan mereka supaya berkelakuan baik.

5. Tanggungjawab suami adalah penting di dalam membina keluarga. Tidak sah pernikahan orang yang tidak boleh mengendalikan urusan rumahtangga seperti pernikahan kanak-kanak dan orang gila. Adapun orang yang bodoh (safah) yang ditahan dari mengurus harta benda dan dirinya, tidak sah berkahwin melainkan dengan izin walinya. Orang yang mempunyai keinginan berkahwin tetapi tidak sanggup menyediakan mahar dan nafkah tidak digalakkan berkahwin, kata AI-Syafiyyah, sunat tidak berkahwin bahkan hendaklah berpuasa kerana puasa itu penahan keinginan.

Demikian juga orang yang tidak mempunyai keinginan dan hendak menumpukan perhatian kepada ibadah tidak digalakkan berkahwin. Ulama berselisih pendapat mengenai orang yang tidak mempunyai keinginan yang mampu menyediakan makan dan nafkah dan tidak Dula hendak menumpukan seluruh hidupn-y-a- kepada ibadat sahaja. Menurut satu pendapat, tidak disunatkan. Menurut pandapat lain sunat ia berkahwin.
Kita dapat melihat dengan jelas bahawa perkahwinan itu hanya digalakkan bagi mereka yang sanggup menunaikan tanggungjawab. Apabila berkahwin, menunaikan tanggungjawab kepada keluarga adalah wajib.

Kewajipan Isteri


Apabila suami sebagai ketua di dalam Rumahtangga, maka isteri itu timbalannya yang mempunyai tugas dan tanggungjawab tertentu. Di antara tanggungjawab isteri ialah:


1. Bergaul dengan suami secara baik. Menuiut ulama Mazhab As-Shafie, wajib bagi isteri menggauli suaminya dengan baik.

2. Mengendalikan kerja-kerja rumah. Menurut riwayat Janzani, Rasulullah s.a.w menentukan kewajipan anaknya Fatimah mengurus rumah dan Ali mengurus kerja-kerja di luar rumah. (AI Mar'ah fi Tasawwuri Islam, m.s 105, oleh Abdul Muta'al AI Jibry).

3. Berhias untuk suami. Isteri hendaklah sentiasa berada di hadapan suami dalam keadaan menarik dan kemas. Dengan itu suami menjadi terhibur ketika di sampingnya. Tugas ini tidak dapat dilaksanakan dengan baik oleh isteri kecuali mereka yang faham dan benar-benar perihatin.

4. Pujuk memujuk adalah penting dalam kehidupan rumahtangga. Ibn al-Aswad AI-Dualy berkata kepada isterinya:
"Apabila kamu melihat aku marah, tenangkanlah aku. Apabila aku melihat kamu marah, aku pula menenangkan kamu. Jika tidak janganlah kita bersama-sama. "

5. Isteri hendaklah taat kepada suami. Di dalam sesuatu tindakan, jangan sekali-kali membelakangkan suami, kerana dia ketua rumah-tangga. Jika hendak keluar rumah mestilah mendapat izin dari suami terlebih dahulu. Isteri pula hendaklah memahami tugas dan kewajipan suami di luar. Sekiranya ke@a itu untuk Allah S.W.T. dan RasuINya, ia mestilah menyokongnya, memberi galakan dan semangat dan menasihatinya supaya tidak berputus asa.

6. Wanita hendaklah sentiasa menjaga kehormatan diri dan nama suami. Wanita yang menjaga kehormatannya dianggap oleh Rasulullah S.A.W. sebagai wanita yang baik dan patut menjadi ukuran bagi lelaki yang hendak memilih isteri.

Inilah di antara kewajipan isteri terhadap suami. Apabila setiap pihak menunaikan tanggungjawab, akan berkembanglah mawaddah atau kasih sayang. Batas-batas dan tanggungjawab suami isteri ini ditetapkan oleh Islam sebagai peraturaif yang bertujuan mengukuhkan kehidupan dan hidup di dalam suasana ibadah kepada Allah S.WT. Rumahtangga akan hancur jika sekiranya setiap pihak mengabaikan tanggungjawab. Dengan mengamalkan prinsip agama dengan betul, akan wujudlah keluarga bahagia yang merupakan tahap pertama pembentukan masyarakat Islam.



Insya'Allah.. Sama-sama lah kita mencari Ilmu Rumahtangga..

3 Komen/Ulasan:

Unknown said...

As salam. Artikel yang sangat menarik dan bermanfaat tapi tulisannya sangat lah kecil membuatkan saya sakit mata jika membacanya. Bolehkan tuan empunya blog tulis BESAR-BESAR sedikit agar selesa jika membacanya.. jzkk

Saiful Runner said...

Walaikumsalam.. terima kasih saudara Izzat.. Insya Allah saya akan mengubah tulisan agar segala tulisan mendapat manafaat bersama.. TERIMA KASIH..

Anonymous said...

👍👍👍

Post a Comment

Terima Kasih melayari blog Mutiara Hati Insan
Thank you for visiting the blog Mutiara Human Liver .

10 Artikel Popular

List Blog

Peringatan :

Segala perkataan, gambar atau komen berunsur lucah, mengamcam atau memfitnah dengan niat untuk menjatuhkan, menganiaya, mengugut dan menggangu privasi penulis atau menggunakan mana-mana aplikasi secara beterusan atau tidak tanpa atau dengan mendedahkan identiti diri sebenar dengan niat yang sama juga menggunakan atau mencuri gambar, entri dan juga yang apa jua persamaan tanpa izin penulis blog ini sendiri, adalah melakukan kesalahan dan tindakan boleh dimabil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.