"Mutiara Hati Insan"








"Sekiranya anda datang dari lurah yang dalam dan bercita-cita menakluki puncak tinggi, itu bukan mimpi. selagi berpegang kepada visi dan matlamat yang jelas, berkomited untuk meneruskan perjalanan, berkemungkinan besar anda tetap akan berjaya. kalau pun tidak dapat mencapai puncak anda sebenarnya mangkin hampir kepadanya. itu lebih baik daripada MENDIAM DIRI "

MEMORY

MEMORY

..............

..............

.............

.............

Running

Running

Get this widget!

Pantang Larang ketika mengandung..

Monday, October 15, 2012

Sebagai manusia tempoh pantang memang suatu jangkamasa yang membosankan. Banyak perkara-perkara yang sebelum ini menjadi kebiasaan terpaksa ditinggalkan dan pada masa yang sama amalan-amalan baru terpaksa diikuti kerana bimbang akan menjadi sesuatu yang tidak baik.

Saya khususkan dalam bab sewaktu hamil sebab ada sahabat saya tanya dan minta pendapat mengenai pantang larang wanita ketika mengandung.. Nak kata saya ni tahu dan mahir dalam bab pantang larang orang tua-tua ni, rasanya tak kot... tapi  dari segi pencarian maklumat dari sumber yang boleh di percayai rasanya boleh lah hehehe.. 

Sorry lah sahabat jika maklumat yang saya beri ni tak menjawab persoalan, tapi jika ada pembaca yang ada pencapat mengenai pantang larang ni.. harap dapat berkongsi..


sebenarnya dalam masyarakat melayu pantang larangnya bukan main banyak dan kadangkala boleh mememningkan kepala baik bagi Isteri mahupun si suami. Kerap yang berlaku adalah mengidam. 

jadi ahli keluarga yang terdekat akan menjadi "mangsa" dan biasanya si suamilah. Sebagai suami seboleh-bolehnya perlulah memahami keadaan isteri dan bersedia mendapat apa yang dihajati selagi ia tidak melanggar syariat agama.

Apa yang saya tahu mengidam berlaku kerana perubahan hormon pada awal waktu mengandung. menjadikan selera si ibu menurun. Jadi pada ketika ini, ibu akan teringin untuk makan apa yang terlintas.

Dalam membicarakan tentang pantang larang dan adat istiadat sewaktu mengandung, terdapat beberapa amalan yang masih dipraktikkan walaupun sudah tidak banyak seperti dahulu. 



Dalam masyarakat Melayu terdapat beberapa pantang larang yang masih lagi menjadi ikutan (dapat dari Internet) antaranya :-
  • Dilarang mencaci atau mengumpat, membuat fitnah, iri hati juga bergaduh terutamanya dengan ibu mertua
    Perbuatan tersebut dipercayai akan mempengaruhi perangai anak yang bakal lahir. Ibu mengandung juga akan mengalami kesulitan semasa melahirkan anak. Yang sebenarnya, tujuannya larangan di sini adalah untuk melahirkan rasa hormat kepada orang tua da selalunya ibu mertua turut menjaga dan membantu sewaktu dalam pantang.

  • Dilarang memaku, memahat dan menggali lubang. Tidak boleh memukul atau mencederakan binatang
    - dikhuatiri akan menyebabkan anak yang bakal lahir cacat anggota badan.

  • Dilarang keluar rumah pada waktu petang atau senja
    - dikhuatiri hantu akan menggusiknya.

  • Hendaklah menjauhi pergaulan dengan orang yang tidak jujur atau rendah maruahnya
    - dipercayai ini akan mempengaruhi perangai anak yang bakal lahir.

  • Dilarang melihat gerhana bulan ataupun matahari
    - dikhuatiri anak yang bakal lahir akan cacat atau berkulit gelap.

  • Dilarang duduk di anak tangga
    - dipercayai perbuatan ini akan mendatangkan kecelakaan kepada ibu sewaktu hendak melahirkan anak.

  • Ibu juga dilarang memikul batu
    - dikhuatiri anak dalam kandungan menjadi lumpuh. Tidak boleh menanam pokok pisang kerana dikatakan perbuatan ini boleh menyebabkan anak berkepala besar yang luar biasa.

  • Ditegah menyusun tempurung
    - dikhuatiri anak yang dilahirkan akan botak kepalanya.

  • Ibu mengandung juga tidak boleh membiarkan anak-anak melangkah perut - dikhuatiri anak akan lahir cacat atau dilahirkan tidak cukup bulan. Dilarang tidur pada waktu tengah hari kerana dikhuatiri kepala anak yang bakal lahir akan menjadi besar.
  • Tidak boleh belitkan tuala pada leher - dikuatiri anak kandungan terbelit tapi pusat
  • Tidak boleh mandi malam, selepas maghrib ke atas - nanti air ketuban berdarah dan sakit, ada jugak orang kata nanti kembar air, ada jugak yang cakap anak mudah mendapat selesema.. emmm..
  • Jangan potong rambut - Dikuatiri bersalin kena bedah..

Dari senarai petua yang saya dapat ini rasanya macam tak logik pun ada.. Apa pendapat korang?

Dari bahan bacaan yang saya baca dan serba sedikit pendapat dari rakan2 saya dapat rumuskan semua jenis petua, pesan, pantang-larang atau seumpamanya harus diamalkan jika ia tidak bercanggah dengan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah..

Kadang-kala petua dan pantang larang malayu yang kita amalkan amat bertentangan dengan Islam dalam sedar atau tidak kita lakukannya antaranya.



1. Tidak membawa kepada kepercayaan khurafat dan karut-marut iaitu mempercayai perkara ghaib di luar dari skop yang diberitahu oleh Allah di dalam al-Quran atau melalui RasulNya di dalam as-Sunnah. Firman Allah (bermaksud): “Katakanlah; Tiada sesiapapun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib melainkan Allah”. (an-Naml: 65)

2. Tidak memalingkan seseorang dari keyakinan bahawa segala yang berlaku-sama ada baik atau buruk adalah dari ketetapan Allah (Qadarullah). Begitu juga, keyakinan hanya Allah yang mendatangkan mudarat dan manfaat kepada manusia.

Firman Allah (bermaksud): “Katakanlah; Aku tidak berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku dan tidak dapat menolak mudarat kecuali apa yang dikehendaki Allah. Dan kalau aku mengetahui perkara-perkara yang ghaib tentulah aku akan mengumpulkan dengan banyaknya benda-benda yang mendatangkan faedah dan tentulah aku tidak ditimpa kesusahan. Tidaklah aku melainkan hanya pemberi peringatan dan penyampai khabar gembira bagi orang-orang beriman”. (al-A’raf: 188) 

3. Tidak membawa kepada pengamalan yang bercanggah dengan al-Quran dan as-Sunnah atau terpaksa meninggalkan amalan yang disuruh al-Quran dan as-Sunnah kerana ingin beramal dengan petua atau pantang larang.

4. Tidak membawa kepada mengubah hukum Allah terhadap sesuatu iaitu sama ada mengharamkan apa yang halal atau menghalalkan apa yang haram. Ini kerana hak untuk menentukan halal atau haramnya sesuatu bukan milik manusia, akan tetapi milik Allah.

5. Tidak berupa kepercayaan kepada sial sesuatu kerana kepercayaan sebegitu dilarang oleh sabda Nabi; 

"Tidak ada sial sesuatu (di dalam Islam)" (HR Imam al-Bukhari dari Anas). 

“Sesiapa yang sial sesuatu (yakni kepercayaannya terhadap sial sesuatu) menghalangnya dari menyempurnakan hajat (atau urusannya), maka sesungguhnya ia telah mensyirikkan Allah” (HR Imam Ahmad, at-Thabrani dan Ibnu Sunni dari Abdullah Ibnu ‘Amru r.a./ al-Jami’ as-Saghir, no. 8701)

6. Tidak berupa tilikan atau tenungan kerana ia dilarang oleh Nabi dalam sabdanya: 

“Sesiapa pergi kepada seorang kahin (tukang tilik/tenung), lalu ia mempercayai apa yang ia khabarkan, maka sesungguhnya dia telah kufur terhadapy apa yang diturunkan kepada Muhammad (yakni agama Islam)”. (HR Imam Ahmad dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a./al-Jami’ as-Saghir, no. 8285)

Petua yang tidak berdiri di atas dasar yang tidak difahami (atau dikaitkan dengan kepercayaan tertentu tanpa dalil Syarak; yakni al-Quran dan as-Sunnah) hendaklah dielakkan dari beramal dengannya. 

Sebagai contoh, pantang larang bagi ibu-ibu selepas bersalin selama 44 hari yang membabitkan perkara berikut;

1.  Tidak boleh bersama suami (berjimak) sepanjang tempoh itu
2. Tidak boleh makan makanan sesuka hati (ada makanan yang perlu berpantang)
3.  Tidak boleh turun ke tanah kerana dikhuatiri diganggu oleh jembalang tanah.

Bila difikirkan logik, selalunya pantang larang lama ini ada alasan tertentu.. Bukan main cipta je kan bak kata pepatah kalau tak ada angin masakan pokok bergoyang.. 

Macam pantang larang mandi malam.. Dari sudut kesihatan memang tak elok mandi malam.. Tapi kalau yang bekerja, balik rumah pun dah dekat maghrib, bila masa pulak dia nak mandi kan.. Takkan nak biar badan berpeluh dan berbau.. Nanti pasangan naik pening pulak bau tu.. Huhuhuuu…

Hanya kepada Allah s.w.t sahaja tempat hambanya meminta dan memohon agar tiada bala bencana ke atas kita sekeluarga InsyaAllah. Moga di anugerah anak yang comel lagi soleh.

14 Komen/Ulasan:

Yem Waklu said...

apa yang penting, kita jgn melakukan kesyirikan kepada Allah dalam mempercayai segala pantang larang org2 tua, kelak ia akan menyebabkan kita terjerumus ke lembah neraka dan kekal selamanya selagi kita tidak bertaubat dari syirik tersebut.
tq bro..

Saiful Runner said...

Betul.. Kadangkala kepercayaan kita kepada pantang larang ni secara sedar dan tidak..

Unknown said...

semuanya dr Allah

Anonymous said...

ala knpe tkley copy .............

Saiful Runner said...

Maaf.. jika berminat untuk ambil tulisan ini.. boleh PM saya melalui email syuk2u@gmail.com atau melalui FB.

Anonymous said...

Assalamualaikum.. Maaf sekadar nak beritahu yg pasal mandi selepas magrib tu xbole n akan terjadi ketuban darah tu betul.. Saya mengalami nye sendiri masa mengandung anak pertama.. Sebab nya sama lah mcm awak ckp tu kita balik kerja penat2 berpeluh2 malam tu mesti rasa x selesa n nak mandi.. Selepas tu waktu mengandung anak kedua n ketiga alhamdulillah xada ketuban darah sebab saya xmandi lansung waktu malam cuma ambil kain bersih basahkan n lap seluruh badan.. Tapi lain orang lain pengalaman kan , cuma ingin berkongsi pengalaman sahaja..

Unknown said...

Terima kasih atas perkogsian yang bermakna.. Mudahan ianya dapat membantu..

Unknown said...

SYE X MINAT IKUT PNTANG LARANG MEREPEK2 DAN PERCAYA PADA KETENTUAN ALLAH SAHAJA, JGN PGG PIPI ANAK NANTI ANAK X LALU MAKAN...MMG MENGARUT.

Unknown said...

PAS AMBIL BERAS PERLU ISI SEMULA BERAS DIDALAM BEKAS TERSEBUT JGN BIARKAN BEKAS KOSONG SBB NNTI REZEKI X MASUK. TIME AMBIL TU JGN TUANG BERAS SMPAI HABIS TGGL KAN SEDIKIT DLM BEKAS TU KONONNYA TAKUT REZEKI TRS HBIS X BERTAMBAH2 LAGI...MCM2 LA...PENING,,,TPI DEMI MENJAGA PERASAAN ORG TUA,,SYE DIAMKAN SAJE.

Unknown said...

Terima kasih Idayu kerana sudi berkongsi..
Semua ada alasan tersendiri.. Bagi saya pulak, Pantang larang orang tua ni ada yang boleh di ikut dan ada yang perlu di fikirkan balik.

Antaranya jangan mandi malam.. Kerana dalam Islam pun kita tidak di galakkan untuk mandi selepas Isyak kerana faktor menjejaskan kesihatan.

Syed abdul rahman said...

mengikut pantang larang tdk salah tdk semesti nya syirik...cuma apa yg kita lakukan sentiasa istighfar dan selawat, niat kita penting....kita lakukan kerana allah taala. contoh lah kata xboleh memahat , memaku dsb... abis klu dh perkerjaan suami nya tukang rumah mmg kerja nya mamahat dan memaku xkan plak waktu isteri mengandung xboleh buat kerja seharian nya, bagaimana plak si suami nk cari rezeki utk isteri dan anak yg bakal lahir..... apa yg sy nk sampaikan disini kita boleh ikut pantang larang tapi jgn lupa niat kita. semoga dijauhkan dr perkara tdk baik terjadi kepada kandungan. sekian

Unknown said...

Saya preggy anak pertama mandi mlm.. Alhamdulillah xada apa yg terjadi..

Unknown said...

Buat Sya Mass, Saya sokong dengan pendapat saudari/saudara. Terima Kasih.. Apa pun keputusan dan tindakan kita, asalkan ianya tak bercangah dgn ajaran Islam..

Unknown said...

Sure Safe.. Buat saudara/saudari saya ucapkan tahniah atas kurniaan anak pertama.. untuk persoalan anak mandi malam saya anjurkan saudara/ saudari bertanya pada orang yang lebih berpengalaman, In Shaa Allah mudahan mendapat jawapan.. Terima Kasih

Post a Comment

Terima Kasih melayari blog Mutiara Hati Insan
Thank you for visiting the blog Mutiara Human Liver .

10 Artikel Popular

List Blog

Peringatan :

Segala perkataan, gambar atau komen berunsur lucah, mengamcam atau memfitnah dengan niat untuk menjatuhkan, menganiaya, mengugut dan menggangu privasi penulis atau menggunakan mana-mana aplikasi secara beterusan atau tidak tanpa atau dengan mendedahkan identiti diri sebenar dengan niat yang sama juga menggunakan atau mencuri gambar, entri dan juga yang apa jua persamaan tanpa izin penulis blog ini sendiri, adalah melakukan kesalahan dan tindakan boleh dimabil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.