"Mutiara Hati Insan"








"Sekiranya anda datang dari lurah yang dalam dan bercita-cita menakluki puncak tinggi, itu bukan mimpi. selagi berpegang kepada visi dan matlamat yang jelas, berkomited untuk meneruskan perjalanan, berkemungkinan besar anda tetap akan berjaya. kalau pun tidak dapat mencapai puncak anda sebenarnya mangkin hampir kepadanya. itu lebih baik daripada MENDIAM DIRI "

MEMORY

MEMORY

..............

..............

.............

.............

Running

Running

Get this widget!

Tidak terungkap

Tuesday, May 28, 2013

Entri ini tidak ditujukan kepada sesiapa pun. Sekadar coretan dan pengisian dalam Blog yang dah lama menyespi. Jika ianya ada kena mengena dengan kejadian kehidupan anda, Maaf.. anggaplah ianya kebetulan semata-mata. 

Sebelum tulisan lebih mendalam, adalah lebih baik untuk saya memulakannya dengan perbincangan mengenai sikap yang ada dalam kehidupan manusia. Ya mungkin ianya mengenai diri sendiri.

Manusia adalah makhluk yang terlalu rumit. Sukar dijangka dan diramal. Boleh berubah bila-bila masa sahaja. Tak kisahlah apa bentuk perubahan sekali pun. Dari baik ke jahat atau sebaliknya.

Dari bahan bacaan, disini dapat saya rumuskan bahawa.. Manusia hanya tunggu masa dan tika sahaja. Manusia mampu mengubah manusia. Keadaan mampu mengubah manusia. Situasi mampu mengubah manusia. Masa mampu mengubah manusia.

Tepuk dada tanya diri?

Tak kisah lah yang mana satu kan? Yang dikisahnya kadangkala perubahan manusia memang melibatkan manusia lain. Kalau berubah tidak mengganggu kehidupan orang lain, teruskanlah.

Tetapi janganlah sesekali mengganggu manusia lain dengan perubahan anda. Kalau perubahan anda ke arah kebaikan, maka pandulah kebaikan itu sebaiknya. Jangan pernah menyusahkan hidup orang lain. Sedangkan manusia lain tidak pernah pun menyusahkan hidup anda. Tidak adil bukan? Ah! Manusia kan sukar dijangka.

Dalam dunia blogger jugak ada risiko tersendiri yang kita tidak pernah sedari. Blog sebuah medium yang menjadi tatapan manusia. Tak kisah la ada orang baca atau tidak yang penting blog adalah medium yang terdedah. Sesiapa sahaja boleh masuk secara tak sengaja dan disengajakan. Membaca, membelek dan melihat. Tetapi biasalah manusia bukannya boleh diramal. Manusia adalah makhluk yang kreatif. Tak sah kalau tidak menilai. Maka penilaian pun berlaku. Menilai, menilai dan menilai. Seterusnya tersembullah jawapannya. Jawapannya cuma dua. Positif atau negatif.

Saya lebih suka menulis hal positif terlebih dahulu. Perkara biasa apabila dalam dunia bloger. Sekiranya blog anda bagus (tak kisah la blog dia bagus dari segi penulisan, rupa paras, atau sebagainya) pasti ada yang mahu memuji. Oh pujian manusia kadangkala buat manusia sendiri hanyut. Terbuai-buai di awang-awangan. Rasa indahnya. Dan kalau boleh mahu suruh puji lagi. Ah, manusia kan sukar dijangka. Tetapi awas, pujian boleh membutakan manusia.

Hal negatif pula. Ada sesetengah Orang sekarang mengakatakan dunia blogger adalah dunia mencari populariti. Kadang kala rasa mahu tergelak pulak dengan tafsiran pikiran rakan kita tu.

Saya tak kata ianya adalah salah, dan tak disangkal pun memang ada blogger hanya ingin meraih populariti. Tapi bila saya kata yang saya tidak termasuk dalam gologan mencari populariti dalam blogging, maka ada lagi ayat manusia-manusia yang di luar sana terus memberi penilaian. "Eleh, mahu terus-terusan tunjuk bagus!". Habis mahu cakap apa lagi? Cakap ini salah, cakap itu tidak kena. Semuanya salah di mata. Memang saya tak faham dan taknak faham sebenarnya. Kalau betul-betul mahu cari populariti, baik masuk rancangan realiti TV. Walaupun saya tahu langsung tiada bakat ke arah tu. Tapi sekurang-kurangnya saya berusaha keras mencari populariti tu sepertiman saya berusaha untuk membuka dan mewujudkan bloger ni.


Bagi saya senang sahaja, dalam dunia blogger ni terlalu ramai yang mengeluarkan ayat "Kalau tak suka baca blog ini, tak usahlah masuk dan baca." Memang ada kebenaran pun. Perkara yang paling mudah. Kalau degil nak masuk dan baca jugak. Baca sahaja. Kalau tak senang komen dan kritik. Supaya sama-sama dapat perbaiki kesilapan. Bukan mengkeji. Menghabur kata nista yang tiada kesudahan.


Biarlah seburuk-buruknya manusia, janganlah mengkeji manusia lain. Kita tetap sama di sisi Ilahi. Mengkeji orang lain, nanti terpaling pada diri sendiri. Tak semua manusia suka apa yang kita lakukan. Terserahlah. Bukan hak kita untuk memaksa orang menyukai apa yang kita lakukan. Dan kalau mahu mengkeji jugak, kejilah. dan fikirlah sendiri. 

Ada seseorang komen di status Facebook saya. Ayatnya lebih kurang berbunyi begini: "Ada 1 hadis, jangan mencela jika kamu tidak mahu memujinya. Simple dan fullpack." Ada yang tak bersetuju?

Benar kata seorang sahabat. Dalam hidup ni kita kena ingat dua perkara. Pertama, perkara yang kita boleh kawal. Dan kedua perkara yang kita tidak boleh kawal.

Secara sedar atau tidak, sebenarnya kita sedar dan tahu apa yang sewajarnya dilakukan oleh insan manusia. Dalam menempuh kehidupan nak tak nak kita perlu majukan diri sendiri. Dengan cara tersendiri. Terus melakukan yang terbaik. Tapi biasalah, sebaik mana pun anda, pasti ada yang tak suka. Pasti ada manusia yang membenci. Pasti ada manusia yang terus menilai. Pasti terus ada manusia yang sebegini, "Eleh nak tunjuk bagus la tu!" So perkara ini anda tidak boleh kawal. dan sekiranya anda tidak boleh kawal, biarlah. Biarlah manusia itu terus dan terusan berkata-kata. Bila dah tak ada isu nanti lama-lama diamlah.

Selagi boleh kawal kehidupan, kawallah sebaiknya. Contohnya begini. Katakan anda melukis seekor keldai. Ya memang jadi rupa seekor keldai pun. Tetapi ada yang melihat keldai tu persis seperti kuda. Puas anda terangkan pada manusia itu bahawasanya anda melukis seekor keldai, tapi terus-terusan orang tu menganggap ianya seekor kuda. Salah andakah? Anda dah buat apa yang anda perlu buat. Selebihnya itu bukan urusan anda. Tanggapan manusia perkara yang anda boleh kawal? Tidak bukan. Maka biarlah manusia begini terus beranggapan. Halang pun tiada ada makna.

Ada sesetengah manusia terus hidup dengan dunia masa silam. Tak habis-habis mengungkit perkara-perkara yang lepas. Ada sahaja perkara yang ingin dibahas supaya ianya dijadikan isu hangat yang boleh menjadi pertengkaran. Mungkin lebih seronok begini. Seronok sekiranya ada hati yang disakiti. Seronok sekiranya manusia lain terus memandang serong pada kita. Perkara seperti ini memang tak boleh di kawal. Hanya individu yang terlibat itu sendiri yang mampu kawal. Kalau tak tahu jugak, maka natijahnya bakal diterima.

Mungkin ada manusia yang suka melihat orang lain sengsara. Entahlah. Sekiranya ada orang yang memperoleh kebahagiaan, gembirakanlah untuk mereka. Senang saja bukan? Mengapa mahu terus lahirkan sengketa? Mahu puaskan hati? Dan sebenarnya tidak pernah puas bukan? Semua orang dah tahu pun jawapannya. Tetapi hati dan diri masih degil dan terus degil untuk memberi kebahagiaan pada diri sendiri. kemudian merumitkan diri dengan perasaan hasad dengki. Ingat kawan, Jika tak diubati nanti meakan diri.

Haruslah diingat pada diri. Kita hidup memang akan mempengaruhi kehidupan orang lain. Maka jangan lakukan sebarang tindakan dengan hanya memikirkan perasaan diri sahaja. Selalu rasa diri dilukai. Tetapi adakah anda sedar yang anda juga telah lukakan hati orang lain dengan tindakan anda? Kalau anda tak fikir begitu, anda memang pentingkan diri sendiri. Fikir, fikir dan fikir. Sekiranya jika kita bertindak mengikut emosi penamatnya pasti akan menyesal. Percayalah.

"Diam Adalah Senjata Terhebat Untuk Memulih Hati Yang Rawan". Tak percaya, sila cuba. Berdiam bukan bererti mengalah. Tetapi diam menunjukkan kita seorang yang bijak. Jangan api dibalas dengan api. Memang tidak terlawan. jika melawan bermaksud terpampang kejahilan. Biarlah, terus redha dan berdoa semoga semuanya baik-baik sahaja. Insya'Allah.

Saya tak rasa untuk mencari pasal atau menyakitkan hati sesiapa. Sekiranya ada yang tak berpuas hati baik di dunia maya atau nyata, dengan rendah diri saya pohon MAAF. Saya insan biasa yang terlalu naif dan jahil dan sentiasa melakukan kesilapan. Pimpinlah ke arah kebenaran sekiranya tersilap jalan.

Dan bersempena Ramadhan yang bakal menjelang nanti, mari kita luruskan niat dan leraikan segala dendam. Hidup ini terlalu singkat untuk membenci manusia lain. Dengan memohon kemaafan pada orang lain, insyaALLAH ketenangan hati pasti akan dirasai. Jadikanlah bulan Ramadhan tahun ini sebagai titik tolak kita dalam meraih kehidupan yang lebih baik. Memperbaiki amalan. Memperbanyakkan amalan. Dan kembali kepada jalan Yang Maha Esa. Dan kita tak tahu akan bertemu lagi dengan Ramadhan yang akan datang.

Ujian hidup akan datang dan terus datang selagi bernyawa. Ketahuilah ujian hidup sedang hebat melanda diri. Mahu tidak mahu kena berusaha untuk teruskan kehidupan. Berusaha meraih kekuatan walaupun kadangkala kesamaran. Kegusaran hati pasti tenggelam sekiranya kita berserah bulat-bulat padaNYA. Redha, sabar, tabah, usaha, doa dan tawakal. Jalan itu pasti akan terbentang untuk kita kelak. InsyaALLAH.

Wassalam.


"Sentiasalah muhasabah diri. Cari kesilapan diri. Ceritakan kebaikan orang. Sentiasalah beranggapan baik pada ALLAH. Sentiasalah beranggapan baik sesama manusia. Dan terus menjadi manusia positif"

0 Komen/Ulasan:

Post a Comment

Terima Kasih melayari blog Mutiara Hati Insan
Thank you for visiting the blog Mutiara Human Liver .

10 Artikel Popular

List Blog

Peringatan :

Segala perkataan, gambar atau komen berunsur lucah, mengamcam atau memfitnah dengan niat untuk menjatuhkan, menganiaya, mengugut dan menggangu privasi penulis atau menggunakan mana-mana aplikasi secara beterusan atau tidak tanpa atau dengan mendedahkan identiti diri sebenar dengan niat yang sama juga menggunakan atau mencuri gambar, entri dan juga yang apa jua persamaan tanpa izin penulis blog ini sendiri, adalah melakukan kesalahan dan tindakan boleh dimabil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.