"Mutiara Hati Insan"








"Sekiranya anda datang dari lurah yang dalam dan bercita-cita menakluki puncak tinggi, itu bukan mimpi. selagi berpegang kepada visi dan matlamat yang jelas, berkomited untuk meneruskan perjalanan, berkemungkinan besar anda tetap akan berjaya. kalau pun tidak dapat mencapai puncak anda sebenarnya mangkin hampir kepadanya. itu lebih baik daripada MENDIAM DIRI "

MEMORY

MEMORY

..............

..............

.............

.............

Running

Running

Get this widget!

Tanggunjawab menantu

Saturday, May 4, 2013

Dalam memperkatakan mengenai tanggungjawab Menantu Terhadap Ibu Bapa Mentua, hari ini ramai yang salah tanggap mengenai tanggungjawab terhadap mentua. Salah tanggap itu membawa kepada rasa kurang hormat terhadap mentua sedangkan mereka juga wajar dihormati seperti taraf menghormati ibu bapa sendiri.

Apabila wujud rasa kurang hormat, tanggungjawab yang sepatutnya dilakukan mungkin tidak berlaku walhal tanggungjawab menantu perlu ada pada mentua. Menantu lelaki terutama mempunyai tanggungjawab berat terhadap mentua berbeza dengan menantu perempuan.

Kalau seorang wanita, mereka perlu meletakkan suami sebagai individu yang sangat perlu ditaati selepas Allah dan Rasul, bagi lelaki pula dalam konteks menantu dan mentua, mereka mesti menghormati ibu mentua diikuti bapa mentua selepas Allah dan Rasul.

Islam meletakkan martabat yang tinggi terhadap ibu, bapa dan juga mentua, justeru tanggungjawab itu tidak boleh diabaikan oleh menantu lelaki. Mengabaikan seorang daripada mentua seolah-olah mengabaikan ibu bapa sendiri. Kesejahteraan rumah tangga amat bergantung kepada sejauh mana tanggungjawab menantu terhadap ibu bapa mentua. Jika tanggungjawab itu diabaikan sudah tentu si isteri akan menjadi kurang selesa disebabkan ibu bapanya sendiri diabaikan oleh si suami.

Kedudukan ibu bapa sendiri dan mentua adalah sama tidak kira sama ada mentua beragama apa sekali pun, sama seperti tanggungjawab anak yang sudah memeluk Islam terhadap ibu bapanya yang belum memeluk Islam.

Menantu Lelaki

Allah SWT

Rasulullah SAW
Ibu/Ibu Mertua
Bapa/Bapa Mertua
Isteri
Anak-anak
Lain-lain

Menantu Perempuan 

Allah SWT

Rasulullah SAW
Suami
Anak-anak
Ibu/Ibu mertua
Bapa/bapa mertua
Lain-lain

Ibu bapa mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati ibu bapa kita sendiri. Kalau mereka kecil hati, sama seperti kita menyinggung perasaan ibu bapa sendiri. Jika kita sayang anaknya, kenapa kita tidak sayang orang yang melahirkannya juga? saya yakin ada ramai menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya sehingga mengabaikan anak menantunya. Perbuatan sebegini sudah pasti bercanggah dengan tuntutan agama Islam.

Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar. Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami. Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu.

beberapa perkara berikut untuk diteliti dan dilakukan oleh menantu terhadap mentua sebagai tanda penghormatan dan membalas budi mereka.
 

1. mentaati mentua pada segala yang diperintahnya kepada anak, kecuali perkara maksiat

2. berbicara kepada keduanya dengan adab dan lemah lembut
3. memberikan bantuan kewangan (bulanan) sebagai tanda mengambil berat
4. bangun menghormati keduanya apabila mereka datang
5. mencium tangan kedua dan memeluknya, setiap pagi dan petang dan pada setiap upacara
6. memelihara nama, kehormatan, serta harta benda mereka
7. memuliakan mereka, dan memberikan mereka yang diminta
8. bermesyuarat dengan mereka dalam urusan berkaitan
9. memperbanyakkan doa dan permohonan ampun bagi mereka
10. cuba membuat sesuatu untuk menggembirakan mereka tanpa perlu diingatkan atau ditunjukkan kepada si anak
11. tidak mengangkat suara di hadapan mereka
12. tidak cuba memotong percakapan mereka ketika mereka sedang mengatakan sesuatu
13. sentiasa meminta izin mereka jika mahu keluar rumah
14. tidak memeranjatkan mereka, ketika sedang tidur
15. tidak melebihkan isteri dan anak dari kedua mereka
16. tidak mencela mereka, jika mereka melakukan sesuatu yang tidak memuaskan
17. tidak ketawa dalam majlis mereka, jika tidak ada sebab yang menarik untuk ketawa
18. tidak memanjangkan tangan kepada makanan, sebelum mereka terlebih dahulu memulakannya
19. tidak tidur atau baring, padahal mereka masih lagi duduk kecuali jika mereka telah mengizinkan
20. tidak melunjurkan kaki di hadapan mereka
21. tidak masuk dahulu sebelum mereka atau berjalan di hadapan mereka
22. menyahut panggilan mereka serta merta, apabila mereka memanggil
23. memuliakan teman-teman mereka di waktu hayat mereka dan sesudah mereka meninggal
24. tidak berkawan dengan seorang yang tidak mematuhi kedua ibubapanya
25. memberi dan bertukar tukar hadiah ketika hari lahir mereka
26. membawa dan menemani mereka ke masjid jika diperlukan
27. mendoakan keduanya, khususnya sesudah meninggal, sebab adalah sangat berguna kepada mereka

Islam meletakkan martabat yang tinggi terhadap ibu/ibu mertua dan bapa/bapa mertua. Justeru, tanggungjawab ini tidak boleh diabaikan oleh menantu lelaki terutamanya. Mengabaikan salah seorang daripada mertua seolah-olah mengabaikan ibu bapa sendiri. Kesejahteraan rumahtangga amat bergantung kepada sejauh mana tanggungjawab menantu terhadap ibu bapa mertua. Jika tanggungjawab ini diabaikan sudah tentu si isteri akan menjadi kurang selesa disebabkan oleh ibu bapanya sendiri diabaikan oleh suaminya.

Satu persoalan yang perlu difikirkan bersama adalah, adakah derhaka menantu terhadap mentua, sama seperti derhaka anak terhadap ibu bapa sendiri? Adakah syurga di telapak kaki ibu, boleh diaplikasikan dalam konteks syurga di telapak kaki ibu mentua? Sama-sama kita fikirkan.


Sumber : Dahwah

0 Komen/Ulasan:

Post a Comment

Terima Kasih melayari blog Mutiara Hati Insan
Thank you for visiting the blog Mutiara Human Liver .

10 Artikel Popular

List Blog

Peringatan :

Segala perkataan, gambar atau komen berunsur lucah, mengamcam atau memfitnah dengan niat untuk menjatuhkan, menganiaya, mengugut dan menggangu privasi penulis atau menggunakan mana-mana aplikasi secara beterusan atau tidak tanpa atau dengan mendedahkan identiti diri sebenar dengan niat yang sama juga menggunakan atau mencuri gambar, entri dan juga yang apa jua persamaan tanpa izin penulis blog ini sendiri, adalah melakukan kesalahan dan tindakan boleh dimabil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.