"Mutiara Hati Insan"








"Sekiranya anda datang dari lurah yang dalam dan bercita-cita menakluki puncak tinggi, itu bukan mimpi. selagi berpegang kepada visi dan matlamat yang jelas, berkomited untuk meneruskan perjalanan, berkemungkinan besar anda tetap akan berjaya. kalau pun tidak dapat mencapai puncak anda sebenarnya mangkin hampir kepadanya. itu lebih baik daripada MENDIAM DIRI "

MEMORY

MEMORY

..............

..............

.............

.............

Running

Running

Get this widget!

Cerita dari Gambar

Monday, May 13, 2013

Hari ini masih terbayang dan timbul rasa insaf dalam diri. Sebab yang saya sendiri pun tidak tahu. Perasaan yang datang tiba-tiba ini benar-benar menginsafkan. Sedar, fikiran ini masih lagi dibayangi gambar menerangkan betapa indahnya ciptaan dan besarnya kekuasaan Allah.
 
Sedang melepak dan melihat gambar dalam komputer seorang rakan(gambar kenangan mendaki). Releks je minda melihat gambar keindahan alam ciptaan Ilahi. Perasaan saya ketika itu, membuak-buak untuk pergi lihat dan rasai sendiri pemandangan dalam gambar.

Gambar yang paling saya tak dapat lupakan sehingga sekarang adalah sinaran mentari yang menerangi kehidupan di celahan gunung ganang dan awan. terlalu indah dan cantik, sehingga hampir mengalirkan air mata. tak dapat bayangkan jika saya berada di situ, pasti air mata dan senyuman saya pamerkan kerana terlalu menghayati keindahannya.

Sinaran yang membawa demensi dan suasana baru setiap kali ia muncul dan menghilang. Sinar yang menukar dan mencorak warna warni alam dan membentuk kehidupan. 

Sinar mentari yang datang dan pergi membawa seribu rahmat, tatkala ia muncul memberikan cahaya untuk kehidupan, memulakan langkah kehidupan yang terhenti. Sehinggalah ia menghilang untuk mematikan seketika langkah kehidupan sebelum ia muncul kembali.

Bermuhasabah diri. Siapakah yang mengatur segala putaran alam ini? Setiap yang wujud ini ada penciptanya dan setiap kejadian ada tugas dan tanggungjawab.

Saya mulai sedar setiap kejadian-Nya ada kepentingan dan peranannya masing-masing, sebagai manusia wajarlah kita berfikir akan setiap hikmah kejadian dari Allah.

Gambar yang saya suka tu tak dapat upload kerana tiada dalam simpanan saya, dah mintak untuk dikongsi bersama harap-harap dapat le.. tunggu ye!!!!


0 Komen/Ulasan:

Post a Comment

Terima Kasih melayari blog Mutiara Hati Insan
Thank you for visiting the blog Mutiara Human Liver .

10 Artikel Popular

List Blog

Peringatan :

Segala perkataan, gambar atau komen berunsur lucah, mengamcam atau memfitnah dengan niat untuk menjatuhkan, menganiaya, mengugut dan menggangu privasi penulis atau menggunakan mana-mana aplikasi secara beterusan atau tidak tanpa atau dengan mendedahkan identiti diri sebenar dengan niat yang sama juga menggunakan atau mencuri gambar, entri dan juga yang apa jua persamaan tanpa izin penulis blog ini sendiri, adalah melakukan kesalahan dan tindakan boleh dimabil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.