"Mutiara Hati Insan"








"Sekiranya anda datang dari lurah yang dalam dan bercita-cita menakluki puncak tinggi, itu bukan mimpi. selagi berpegang kepada visi dan matlamat yang jelas, berkomited untuk meneruskan perjalanan, berkemungkinan besar anda tetap akan berjaya. kalau pun tidak dapat mencapai puncak anda sebenarnya mangkin hampir kepadanya. itu lebih baik daripada MENDIAM DIRI "

MEMORY

MEMORY

..............

..............

.............

.............

Running

Running

Get this widget!

Jadi seorang yang Positif

Wednesday, May 22, 2013

Sebelum ini pasti ramai diantara kita pernah mendengar dengan perkataan "Menjadi seorang yang Positif" malah dalam ruangan internet sekali pun paparan pada tajuk menjadi orang yang positif terlalu banyak. Tapi pengkhususanya adalah untuk perniagaan. Dari kajian Dr. Fadhilah, untuk menjadi seorang yang positif kita perlu :-

1.      Kenalpasti pemikiran negatif yang ada dalam diri sebelum ia menjadi akar umbi. Jika rasa mood kembali suram, berhentilah daripada berfikir tentang mereka sebelum anda tunduk kepada mereka. Kawal emosi, jangan biarkan emosi mengawal diri.

      2.      Berkawan dengan orang yang berfikiran positif. Secara tidak langsung, anda juga akan berfikiran positif.

      3.      Orang yang berfikiran negatif boleh menjangkiti orang lain. Jadi, jauhkan diri anda daripada orang yang selalu berfikiran negatif.

      4.      Bersenam dan makan makanan seimbang. Jika anda nampak hebat dari segi luaran, sudah tentu dalamannya juga hebat dan bagus.

      5.      Rajinkan diri untuk mengemas dan menyusun barang-barang anda. Anda harus dikelilingi oleh benda-benda yang anda suka dan membuatkan anda rasa hebat. Contohnya  gambar keluarga, buku kegemaran, pokok hiasan, gambar kesenian atau apa saja yang bermakna buat anda.

      6.      Jika ada seseorang memberitahu anda yang anda tidak boleh melakukan sesuatu, maka ambillah ia sebagai cabaran dan buktikan kepada mereka yang anda boleh melakukannya. Ini adalah peluang kepada anda yang mana mereka tidak boleh atau takut untuk melakukannya. Jika anda menunjukkan mereka ia boleh dibuat, mungkin mereka mendapat sumber inspirasi daripada anda atas kejayaan yang anda perolehi. Anda boleh menjadi contoh kepada mereka untuk mereka berfikiran positif.

      7.      Apabila anda merasa sangat kecewa dengan kehidupan anda atas segala nasib malang yang menimpa anda, anda harus mengingatkan diri anda bahawasanya semua itu adalah dugaan daripada Allah yang hanya menguji kita. Yakin bahawa pasti ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.

      8.      Jadilah sukarelawan dengan melibatkan diri dalam kerja-kerja kebajikan. Bukan sahaja anda menyedari tentang orang yang mempunyai masalah lebih besar daripada anda, namun terdapat keadaan emosional dan kerohanian yang harus anda alami ketika membantu mereka.

      9.      Hilangkan tekanan. Masalah anda akan menjadi lebih besar jika anda selalu dalam keadaan tertekan. Dengan itu, jauhkan diri anda daripada tekanan.

      10.  Teruskan berfikiran positif. Memulakannya adalah mudah. Cuma mengekalkannya adalah cabaran. Jadikan ia tabiat anda untuk sentiasa berfikiran positif sehingga ia menjadi sebahagian daripada hidup anda.
Ikutilah 10 tip di atas untuk berfikiran positif dan berjaya dalam mencapai lebih kebahagiaan dan kesihatan dalam minda.

Percaya atau tidak "Yang negatif akan terus jadi negatif jika kita terus negatif. justeru, teruskan berfikiran positif. Namun ingat, optimis atau berfikiran positif tidak sama dengan menafikan yang negatif. Ia sekadar pandangan, difikir dan dilihat dari sudut positif agar hasilnya juga positif." Begitu petikan kata-kata daripada penceramah motivasi, Profesor Dr Muhaya Mohamad.



Mesejnya mudah - jika kita terapkan nilai pemikiran positif, kehidupan seharian akan menjadi lebih senang dan tidak serabut!. Justeru, jika dulu kita sering berfikiran negatif, apa kata pada tahun ini ubah diri untuk menjadi insan yang lebih berfikiran dan berkelakuan positif.


Mungkin ada yang bersikap sinis atau ragu-ragu malah rasa ia mustahil apabila mahu kekal positif. Setiap kali fikiran negatif atau tidak rasional mula membelenggu diri, cuba fikirkan sebaliknya dan sebut kata-kata positif. Senaraikan perkara yang disukari mengenai diri dan dapat melakukannya dengan baik. Ambil perkara positif mengenai orang yang ditemui serta terima apa saja yang positif sebagai kebaikan dan bukannya hal remeh-temeh.

Daripada berduka dan kecewa dengan keadaan sekarang, apa kata bersikap optimistik dengan fikirkan hala tuju selepas ini. Berfikiran negatif hanya mewujudkan emosi negatif seperti tekanan, dengki, benci, takut dan marah. Keadaan lebih teruk apabila berlaku tingkah laku negatif seperti pergaduhan. 

Ingatlah kesukaran yang berlaku itu bukan petanda yang membawa kita ke jalan mati sebaliknya ia satu lencongan untuk hasil yang lebih baik di kemudian hari. 


Kita sering mendengar sikap positif lahir daripada pemikiran yang positif. Namun begitu, fahamkah kita apa yang dikatakan fikiran positif? Untuk kekal dalam sikap positif, kita perlu sentiasa fokus pada pembelajaran dan kasih sayang serta berkhidmat sebaiknya untuk perkembangan diri yang lebih positif. 



Cuba tentukan matlamat yang mampu dicapai, berkawan dengan orang yang berfikiran positif, melakukan senaman serta amalkan jenaka dalam kehidupan harian. Senyum dan ketawa terapi paling mujarab secara semula jadi.


Setiap perkara ada hikmahnya. Jika tidak berlaku serta-merta, ia mungkin akan terjadi pada masa depan. Kesulitan itu juga satu pengalaman yang mengajar kita untuk melalui kehidupan pada masa depan dengan lebih baik. Kita juga boleh menjangkakan semua perkara yang baik itu datang daripada pengalaman mencabar.


Tidak perlu mengeluh apatah lagi mengadu. Ia ibarat muntah yang mana kita berasa lega tetapi orang di sekeliling pula yang loya dan menyakitkan hati.



Nikmati kehidupan kita sebaik mungkin dan hargai setiap detik penuh bermakna itu. Kongsikannya dengan keluarga, rakan dan insan tercinta. Hidup ini cuma sekali, tempuhlah dengan positif.


Sebenarnya entry hari kali ni adalah dari perasaan saya yang kagum kepada seorang kawan yang sering berpewatakan positif. Dah lama mengenali dan berkawan, semalam baru sedar rakan saya ni seorang yang hebat dan berfikiran positif. Syukur Alhmadulillah kerana Allah menemukan dan memudahkan segala urusan.

Pagi ni, saya ceritakan kepada rakan keja yang agak berumur (bertaraf bapa).. Dia senyum sahaja dan hanya memberi peribahasa ni

"IF YOU WANT TO SOAR WITH EAGLES, YOU SHOULD NOT FLOCK WITH THE TURKEYS"
(Sekiranya anda ingin terbang gagah seperti sang helang, anda jangan menyertai kumpulan ayam belanda!)

Terima kasih kerana bagi saya sekurangnya masih ada rakan yang sudi memberi nasihat dan ambil berat.


1 Komen/Ulasan:

Anonymous said...

If you wish for to take much from this paragraph then you have to apply these techniques
to your won blog.

My homepage ... Cell Phone Detective

Post a Comment

Terima Kasih melayari blog Mutiara Hati Insan
Thank you for visiting the blog Mutiara Human Liver .

10 Artikel Popular

List Blog

Peringatan :

Segala perkataan, gambar atau komen berunsur lucah, mengamcam atau memfitnah dengan niat untuk menjatuhkan, menganiaya, mengugut dan menggangu privasi penulis atau menggunakan mana-mana aplikasi secara beterusan atau tidak tanpa atau dengan mendedahkan identiti diri sebenar dengan niat yang sama juga menggunakan atau mencuri gambar, entri dan juga yang apa jua persamaan tanpa izin penulis blog ini sendiri, adalah melakukan kesalahan dan tindakan boleh dimabil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.