"Mutiara Hati Insan"








"Sekiranya anda datang dari lurah yang dalam dan bercita-cita menakluki puncak tinggi, itu bukan mimpi. selagi berpegang kepada visi dan matlamat yang jelas, berkomited untuk meneruskan perjalanan, berkemungkinan besar anda tetap akan berjaya. kalau pun tidak dapat mencapai puncak anda sebenarnya mangkin hampir kepadanya. itu lebih baik daripada MENDIAM DIRI "

MEMORY

MEMORY

..............

..............

.............

.............

Running

Running

Get this widget!

Isu Boycott McD Malaysia..

Monday, August 4, 2014

Saya memohon maaf.. kerana entry ini saya masukkan dari ilmu saya tidak seberapa.. (tulisan mohon maaf saya pada 06 Ogos 2014, 0800pagi - Waktu malaysia).

Assalammualaikum.. Salam syawal..
Sekadar berkongsi.. 
Pagi ni saya menerima text dari rakan melalui aplikasi Whatsapp berbunyi "Jumaat ni diorang nak buat Hari Tanpa McD Malaysia. Dalam masa 24 jam, takde siapa makan McD. Bagi tahu kawan-kawan.. Nanti ada yang tak tahu pulak. Satu Malaysia Boycott McD hari jumaat ni.".. 

Kredit : Web Al-Akhram

Jadi saya mengambil pendekatan untuk berkongsi dengan rakan-rakan lain melalui group WahtsApp, dengan harapan semua dapat maklum. Tapi biasalah sebagai manusia yang di beri akal sihat dan selalu mempunyai banyak buah fikiran yang kadang kala amat tidak logik untuk di hujah atau diterangkan. 

Ada yang memberi respon yang agak baik, malah ada yang menolak dengan pelbagai persoalan seperti : siapa penganjur?.. Kenapa Boycott McD sahaja?.. Kenapa pilih Hari Jumaat?.. Kenapa itu dan kenapa Ini..

Saya hanya mampu istfar sahaja.. Tertanya jugak pada diri, adakah saya salah pada perbuatan dan tindakan. Niat saya hanya untuk berkongsi atas secebis sikap Perikemanusiaan dan tanggungjawab sosial sahaja. Bukan untuk menghina ataupun menyentuh isu perkauman.

Sebenarnya agak terkesan jugak dengan persoalan-persoalan tu walaupun saya yakin ianya berbaur jenaka.. 

Kawan-kawan.. saya rasa isu-isu Boycott ni dah tersebar luas dan tidak hanya di ruangan Wechat, WhatsApp, Twitter malah di ruangan media internet. 

Dan saya yakin segala persoalan  yang bermain difikiran kita, rasanya dah terjawab jika kita sendiri mengikuti perkembangan dengan membaca dari usaha-usaha Kemanusia yang cuba diusahakan oleh agensi mahupun organisasi bukan sahaja di Malaysia malah hampir seluruh pelusok dunia.

Cuba klik link yang saya cuba dapatkan dari pencarian, dan harap ianya dapat membantu dan segala persoalan terjawab. al-ahkam.net dan ustazlove.com.. dan saya rasa makluman yang lain jugak boleh didapati pada ruangan Facebook dan laman web yang lain.

Kredit : Web Al-Akhram

7 Komen/Ulasan:

Anonymous said...

Boikot adalah serangan secara ekonomi.. angkat senjata nanti depa kata militan pula..

Anonymous said...

kita abaikan SATU sumber ekonomi negara utk bantu saudara kita....adakah kita tak yakin Allah akan ganti sumber yg lebih baik dari itu????

Anonymous said...

Perlu kita sedar mcd juga membantu ekonomi malaysi secara langsung dr segi cukai dan peluang pekerjaan. Kita hanya membayar franchise fee pd mcd us. Apa yg mereka lakukan dgn dana itu adalah diluar kuasa mcd malaysia. Tanya soalan ini pd diri anda. Jika bapa anda seorang perompak tegar haruskah anda juga dihukum? Jika mengikut ideologi aqsa syarif anda harus dihukum kerana anda masih berbin/binti kan nama bapa anda dan anda juga harus dihukum kerana ansa dibesarkan atas hasil duit rompakan. Fikir2kan lah.

Anonymous said...

Instead of asking me to go there (which I currently don't have means to), please share your experience about it - Photos will help a lot too InshaAllah. And, the Holocaust Museum that give McD's CEO the honor was Illinois Holocaust Museum.

Does all of this Holocaust Museum Zionist?

Anonymous said...

It is McDonald Corporation that still support for Jewish United Fund. Even though no direct relation but, United States of America Policy to support israelis is due to strong Jewish Lobby in the United States. Eventhough Jack M Greenberg already left but the Mc Donald Corporation still remain as a contributor to the Jewish Community in the United States.

Saiful Runner said...

Dalam pertemuan tersebut, pihak McD mengakui bahawa McD Malaysia adalah syarikat miliki Golden Arches Restaurant Sdn Bhd yg merupakan subsidiari kpd McD Corp. (US). McD Malaysia membayar 5% dari jualan kepada McD Corp US yang merupakan organisasi pembuat polisi utama. McD Corp US juga akan memberi bantuan pakej kewangan untuk “outlet” baru.

Jelas semua rangkaian McD Malaysia menjanakan pendapatan untuk McD Corp US melalui yuran francais tersebut dan juga mendapat manfaat daripada McD Corp US dari segi dana awal membuka outlet.

Oleh itu, hujah bahawa McD Malaysia tidak menyuumbang kepada McD US dan hanya membayar cukai kepada kerajaan Malaysia sahaja adalah tidak tepat.

McD juga mendakwa mereka tidak mempunyai hubungan dengan Israel. Aqsa Syarif menolak dakwaan ini kerana McD menerima anugerah daripada Kerajaan Israel kerana membantu ekonomi Israeil. Selain itu, seorang ahli lembaga Pengarah McD Corp menerima anugerah dari Muzuem of Holocaust kerana membantu masyarakat terus ingat peranan Yahudi dalam sejarah.

Mengenai Jack M Greenberg bekas Pengerusi dan CEO McD (1999 – 2002) yang menyumbang kepada Jewish United Fund (JUF) – sebuah tabung yang terkehadapan dalam membantu Israel, wakil Mc D Malaysia tersebut mengakui CEO 10 tahun dulu itu memang menyuumbang tetapi bukan CEO sekarang.

Namun kata mereka Greenberg menyumbang kepada JUF atas kapasiti peribadi. Tetapi apabila pihak Aqsa Syarif bertanya adakah sumbangan peribadi menggunakan dana McD, pihak McD tidak dapat memberi jawapan.

Pengurusan McD juga bertanya mengapa baikot sedangkan di Mc D Malaysia terdapat 80% pekerja Melayu/Islam cari rezqi. (Nampaknya, McD tidak atau belum memahami isu sebenar)

Aqsa Syarif menegaskan, kita boikot McD kerana McD membantu Israel yang melancarkan peperangan terhadap kemanusiaan sejagat. Bukan boikot pekerja McD, bukan menentang rezqi dan kehidupan sesiapa. Boikot akan terus relevan tidak kira siapa pun yang bekerja dan tidak kira orang Melayu Islam menjadi pekerja majoriti atau tidak. Tidak pula bermakna jika orang Islam dan Melayu tidak bekerja di McD boikot dihenttikan.

Israel tidak hanya mensasarkan umat Islam tetapi seluruh kemanusiaan yang mahu diporakperandakan. Mereka membunuh kanak-kanak dan meletupkan sekolah. Inilah penentangan kita.

Oleh itu McD Malaysia turut bersalah dan bertanggungjawab seperti mana McD Corp US terhadap sokongan kepada Israel yang membunuh kemanusiaan.

Pengurusan McD Malaysia juga bertanya mengapa tidak boikot syarikat Amerika yang lain. Kata Prof Madya Dr Hafidzi, kita boikot bukan atas asas ia syarikat Amerika. Bahkan Aqsa Syarif tidak baikot syarikat Yahudi hanya kerana ia milik orang Yahudi.
Aqsa Syarif boikot mana-mana syarikat yang membantu kewangan Israel – sebuah regim yang zalim - tanpa mengira siapa walaupun syarikat itu milik umat Islam.

Jika syarikat itu menolong Israel maka syarikat itu akan jadi sasaran boikot sama seperti McD. Boikot bukanlah kerana semata-mata syarikat itu datang dari Amerika Syarikat atau Barat.

@xiM said...

RASANYA PASAL MCd NAK BERI BEGER DI MASJID HARI JUMAAT NI TAK SAHIH

Post a Comment

Terima Kasih melayari blog Mutiara Hati Insan
Thank you for visiting the blog Mutiara Human Liver .

10 Artikel Popular

List Blog

Peringatan :

Segala perkataan, gambar atau komen berunsur lucah, mengamcam atau memfitnah dengan niat untuk menjatuhkan, menganiaya, mengugut dan menggangu privasi penulis atau menggunakan mana-mana aplikasi secara beterusan atau tidak tanpa atau dengan mendedahkan identiti diri sebenar dengan niat yang sama juga menggunakan atau mencuri gambar, entri dan juga yang apa jua persamaan tanpa izin penulis blog ini sendiri, adalah melakukan kesalahan dan tindakan boleh dimabil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.