"Mutiara Hati Insan"








"Sekiranya anda datang dari lurah yang dalam dan bercita-cita menakluki puncak tinggi, itu bukan mimpi. selagi berpegang kepada visi dan matlamat yang jelas, berkomited untuk meneruskan perjalanan, berkemungkinan besar anda tetap akan berjaya. kalau pun tidak dapat mencapai puncak anda sebenarnya mangkin hampir kepadanya. itu lebih baik daripada MENDIAM DIRI "

MEMORY

MEMORY

..............

..............

.............

.............

Running

Running

Get this widget!

Bayi baru lahir dicampak dari tingkat flat

Wednesday, June 1, 2011


Jagalah Ia.. Kasih lah Ia.. Didik lah Ia..
Aku rasa betul-betul sedih + Geram..

Hari ni aku nak nukilkan rasa MARAH dan KECEWA sebab tak samapai 24 jam penemuan bayi di PWTC, hari ni keluar lagi cerita buang bayi. Yang kali ni memang dia betul betul buang!!! Penjenayah itu membuang bayi dari tingkat yang tinggi di sebuah flat di Sentul Utara KL. Geram!! dan kalau aku  terjumpa penjenayah HARAM JADAH itu memang teruk dan tuntut biarlah hukum qisas terus dilaksana jika ada pengakuan dan bukti yang kukuh..Astagfirullah..aku memang tak dapat menahan marah terhadap kejadian ini.

Wajah anak-anak terus menerpa di bayangan mata. Apa yang penjenayah tu fikir. Ini bukan anak patung. Tapi SEORANG MANUSIA. Berita ni betul-betul menyedihkan.. sangat sedih!!!

Jalankan saja qisas!! Aku dah tidak sanggup mendengar berita yang saban hari disiarkan tentang pembuangan dan pembunuhan bayi yang suci dan tidak berdosa ini. Adakah ini yang kita mahu?? Adakah ini yang kita inginkan?? Adakah ini seiring dengan kemajuan yang kita jalankan. Tidak berguna bangunan setinggi langit sedangkan setiap hari ada saja kisah kerendahan tamadun manusia disiarkan.



Kenapa ada manusia tidak faham bahawa hukum qisas dan hudud sahaja yang boleh memulihkan keadaan sosial yang semakin meruncing ini. Kecewa ada manusia mengejek hukum Allah ini sedangkan Allah sudah MENJAMIN didalam ayat 179 al baqarah bahawa dengan hukum qisas/hudud ini. Dengan hukum ini bukan bermaksud semakin ramai manusia terbunuh tetapi ia akan memelihara nyawa manusia. Satu nyawa dihukum akan menyelamatkan beribu nyawa yang menyaksi.

Tidakkah kita sedar Allah sudah MENJAMIN. Allah sudah MENJAMIN.Kenapa masih kita rasa susah untuk melaksanakan. Adakah takzir yang ada sekrang benar-benar berkesan??

Saya benar-benar kecewa dan sedih melihat gambar bayi yang terlantar dan berdarah di kepalanya. Ya Allah apakah manusia -manusia haram jadah ini harus dibiarkan terus dengan dosa. Tolonglah Ya Allah, titipkan hidayah buat mereka, berilah kesedaran ya allah, jika tidak hukumlah mereka dengan azab yang setimpal. Didunia ini buatlah apa saja yang kamu suka!! diakhirat kelak Allah akan balas dengan azab yang bakal menyiksa!!!


Dan dalam qisas itu ada jaminan kelangsungan hidup bagimu, wahai orang-orang yang berakal supaya kamu bertakwa.
al baqarah 179

0 Komen/Ulasan:

Post a Comment

Terima Kasih melayari blog Mutiara Hati Insan
Thank you for visiting the blog Mutiara Human Liver .

10 Artikel Popular

List Blog

Peringatan :

Segala perkataan, gambar atau komen berunsur lucah, mengamcam atau memfitnah dengan niat untuk menjatuhkan, menganiaya, mengugut dan menggangu privasi penulis atau menggunakan mana-mana aplikasi secara beterusan atau tidak tanpa atau dengan mendedahkan identiti diri sebenar dengan niat yang sama juga menggunakan atau mencuri gambar, entri dan juga yang apa jua persamaan tanpa izin penulis blog ini sendiri, adalah melakukan kesalahan dan tindakan boleh dimabil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.