"Mutiara Hati Insan"








"Sekiranya anda datang dari lurah yang dalam dan bercita-cita menakluki puncak tinggi, itu bukan mimpi. selagi berpegang kepada visi dan matlamat yang jelas, berkomited untuk meneruskan perjalanan, berkemungkinan besar anda tetap akan berjaya. kalau pun tidak dapat mencapai puncak anda sebenarnya mangkin hampir kepadanya. itu lebih baik daripada MENDIAM DIRI "

MEMORY

MEMORY

..............

..............

.............

.............

Running

Running

Get this widget!

Orang yang ikhlas berkerja tertindas?

Tuesday, June 28, 2011

Hari ini aku nak berkongsi cerita... 

Orang yang ikhlas berkerja tertindas?


Ramai yang mengeluh, bukan kecewa, tetapi sekadar meluahkan rasa… betapa kebaikan dipersia.
Isteri yang setia, dipersiakan suami. Suami yang baik, ditinggalkan isteri.
Ibu-bapa yang dipinggirkan anak-anak…

Inilah warna kehidupan yang dihadapi. Langit tidak selalu cerah. Hidup tidak sentiasa indah.
Dipergilirkan antara senang dan susah, agar di hati kita ada sabar dan syukur.
Umpama malam dan siang, barulah tercipta keharmonian, keseimbangan…

Pada hari Selasa ini, saya terbaca satu artikel dan difikirkan menarik untuk dikongsikan bersama… sekadar untuk mengingatkan diri dan pembaca. Satu tulisan untuk membujuk hati sendiri atas satu pertanyaan,
orang ikhlas tertindas?

Atau soalan yang lebih “dalam” dan sukar daripada itu… benar-benarkah kita orang yang ikhlas jika masih merasa tertindas ketika cuba mengikhlaskan hati kita ketika melalukan kebaikan kepada sesorang atau
sesuatu pihak?

Ternyata ikhlas itu memang rahsia. Rahsia dalam rahsia Allah... Ya Allah, bantulah kami untuk menjadi hamba yang melakukan sesuatu ikhlas kerana MU…Amin.

Mari kita baca Artikal pengarang di bawah...

Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang
membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan
saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program
latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.

“Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata seorang kakak
berterus-terang.
“Mengapa?” balas saya.
“Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah
dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka.
Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja
sahaja.”

Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir
dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang
diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya
sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di
situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas
dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan
gaji?

Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, “kakak punya berapa orang anak?”
Sengaja saya bertanya soal-soal “di luar kotak” agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan.
“Oh ramai encik…”
“Bagaimana dengan anak-anak kakak?”

Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan
semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi
doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi
hafiz.
“Kakak, boleh saya bertanya?”
“Tanyalah encik…” ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila
bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi.

“Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang “menjadi” dengan naik gaji, mana
yang kakak pilih?”
Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, “antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak
pilih?”

Dengan cepat kakak itu menjawab, “hati ibu encik… tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat.
Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!”

Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.
“Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran…” kata saya perlahan.
Hampir berbisik.
“Maksud encik?”
“Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam
organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi.”
“Tidak pernah saya terfikir begitu encik…”

“Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh
pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum
sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali
kepada kita. Yakinlah.”
“Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?”
“Maksud kakak?”

“Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan
kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya
diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?”
“Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan
muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam
istilah biasa itu dipanggil golden rule!”

Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan
familinya.
“Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah
kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong
kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah,
lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita…”

Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu
mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan dengan begitu
teliti.
“Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita
pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah
kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk
kita?”

Kakak itu tersenyum dan berkata, “tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya.”
“Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?’
“Pasti ada! Insya-Allah.”
“Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi
Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita.
Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita…
Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan
kita untuk membalas kebaikan kita tadi.”

“Subhanallah!”
“Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat
baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B
atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku
dalam kehidupan ini.”
“Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?” tanya kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta
diiyakan.

“Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka
tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang
melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula
kepada pembalingnya!”
“Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat.”
“Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di
dunia lagi.”

“Maksud encik?”
“Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat
atau suami yang setia. Dan paling penting… hati yang sejahtera. Inilah kekayaan
dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan.”
“Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan
apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam
organisasi. Mereka dapat naik pangkat!”

Giliran saya pula tersenyum.
“Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja… pangkat yang mereka
dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati
menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back… Golden rule
itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan
kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin
akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan
isteri yang berpura-pura!” terang saya panjang lebar.

“Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa
bulan lagi ni?”
“Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our
“ceo”, kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan
diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti
memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan…”
“Maksud encik?”

“Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya.”
“Kenapa?”
“Kita akan sakit jiwa!”
“Kenapa?”
“Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai
bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas
dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur,” balas saya
mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.

“Tetapi Allah tidak berhenti memberi… “ kata kakak itu perlahan.
“Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi…
Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat
penghargaan dan ucapan terima kasih?”
“Ah, kita terlalu ego…”

Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya
dalam hidup saya. Saya terasa “diperingatkan” semasa memberi peringatan kerana
pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu
pertanyaan… orang ikhlas tertindas?

0 Komen/Ulasan:

Post a Comment

Terima Kasih melayari blog Mutiara Hati Insan
Thank you for visiting the blog Mutiara Human Liver .

10 Artikel Popular

List Blog

Peringatan :

Segala perkataan, gambar atau komen berunsur lucah, mengamcam atau memfitnah dengan niat untuk menjatuhkan, menganiaya, mengugut dan menggangu privasi penulis atau menggunakan mana-mana aplikasi secara beterusan atau tidak tanpa atau dengan mendedahkan identiti diri sebenar dengan niat yang sama juga menggunakan atau mencuri gambar, entri dan juga yang apa jua persamaan tanpa izin penulis blog ini sendiri, adalah melakukan kesalahan dan tindakan boleh dimabil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.