"Mutiara Hati Insan"








"Sekiranya anda datang dari lurah yang dalam dan bercita-cita menakluki puncak tinggi, itu bukan mimpi. selagi berpegang kepada visi dan matlamat yang jelas, berkomited untuk meneruskan perjalanan, berkemungkinan besar anda tetap akan berjaya. kalau pun tidak dapat mencapai puncak anda sebenarnya mangkin hampir kepadanya. itu lebih baik daripada MENDIAM DIRI "

MEMORY

MEMORY

..............

..............

.............

.............

Running

Running

Get this widget!

Tazkirah : RAMADHAN ANUGERAH ALLAH

Tuesday, August 9, 2011


Aku suka nak berkongsi dengan semua tajuk TAZKIRAH pada malam tadi berkenaan "RAMADHAN ANUGERAH ALLAH"..

Penceramah jemputan ni nampak bukan calang2 orang.. dari segi perwatakan nampak hebat dari segi ilmunya.. 

RAMADHAN ANUGERAH ALLAH"

Setiap muslim pasti merasai kedatangan bulan penuh barakah, iaitulah bulan Ramadhan. Bermula sejak dari bulan Rejab sehinggalah Sya'ban, ramai dalam kalangan mereka yang sudah mempersiapkan diri untuk menyambut kehadiran Ramdhan Al-Mubarak. Ada yang memperbanyakkan puasa di kedua-dua bulan tersebut di samping amal ibadah yang lain, untuk seterusnya menjadi suatu motivasi buat dirinya untuk lebih mempertingkatkan amalan di bulan Ramadhan.

Bulan Ramadhan hadir dengan seribu satu pengertian. Ia hadir setiap tahun dengan pelbagai kelainan. Setiap bulan Ramadhan, kelazatannya pasti berbeza, kerana Allah s.w.t. Maha Kaya dan anugerahNya tiada bandingan.

"Apabila menjelang bulan Ramadhan, ramai manusia mempunyai tanggapan dan persepsi serta perasaan yang berbeza-beza. Ada sebahagian daripada mereka, apabila bulan Ramadhan tiba, pertama sekali di fikirannya adalah "lapar". Maka, itulah sebenarnya bahagian untuknya di bulan tersebut. Ada juga apabia Ramadhan tiba, apa yang paling difikirkannya adalah penat, maka itulah bahagian untuknya di bulan tersebut. Ada pula apabila bulan Ramadhan tiba, apa yang difikirkannya: "bilakah Ramadhan akan berakhir?", maka orang tersebut pada hakikatnya telahpun tertegah daripada mendapat keberkatan bulan Ramadhan.

Namun, bagi golongan yang benar-benar mengerti nilai kehambaan diri mereka kepada Allah s.w.t., apabila tibanya bulan Ramadhan, maka apa yang difikirkan adalah: "bagaimana untuk mencapai redha Allah s.w.t. sempena berada di bulan Ramadhan yang penuh dengan kerahmatan ini?". Inilah kunci kejayaan orang-orang yang berjaya mendapat kelebihan bulan Ramadhan tersebut. Selain daripada golongan ini, mereka tidak dapat mengambil manfaat daripada bulan Ramadhan yang penuh keberkatan tersebut." terang ustz jemputan...

Sebagai umat Islam Bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh barokah.. di mana nilai amal ibadah dilipat gandakan di sisi Allah s.w.t, kerana sifat pemurah Allah s.w.t.. Amalan puasa di siang bulan Ramadhan sangat berkait rapat dengan kesabaran, oleh kerana itulah, pahala amalan tersebut dilipat gandakan sebanyak-banyaknya, bahkan melebihi tujuh ratus kali ganda, tidak seperti amalan-amalan lain. Ini kerana, ganjaran bagi orang yang bersabar tiada terhitung banyaknya.

Malah bukan satu amalan yang tersendiri di bulan tersebut, tetapi juga diiringi dengan amalan solat sunat di malam bulan Ramadhan tersebut. Kelazatan bulan Ramadhan lebih berganda jika ibadah puasa di siangnya disertai dengan ibadah solat sunat Tarawih di malamnya, samada secara sendirian ataupun secara berjemaah di masjid. Ini kerana, gandingan puasa di siang hari dan solat sunat di malam hari membina sebuah kitaran kehidupan yang penuh dengan santapan kerohanian.

 Sedar tak sedar... masih ramai dari kalangan kita termasuk diri saya sendiri tidak  menghayati dan merubut peluang yang diberikan pada bulan Ramadhan ini. 

Ulasan ustz jemputan : "Antara faktor-faktor yang boleh menguatkan ikatan hati kita dengan bulan Ramadhan adalah, niat kita, matlamat kita, tujuan kita, hajat kita yang kita inginkan sempena kehadiran bulan Ramadhan.

Ada orang, bila datangnya Ramadhan, hajatnya tidak lain melainkan untuk mendapatkan bulan Syawal, iaitu hari Raya. Itulah orang yang paling malang. Hari Raya itu sendiri tiada erti buatnya."

 Sebetulnya sebagai umat Muhamad S.A.W kita perlu mempertingkatkan lagi kualiti ketaatan dan kehambaan kepada Allah s.w.t. dan terus mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. kerana bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat mudah untuk mendekatkan diri kepadaNya. 

Ujar ustz jemputan lagi : "Ramai manusia pada hari ini hanya merasa letih dan terasa lapar di bulan Ramadhan kerana hidupnya seharian hanyalah suatu interpretasi antara dirinya dengan perutnya semata-mata. Ini kerana, selama ini, tujuan hidupnya hanyalah untuk mengumpul kesenangan duniawi, untuk memenuhkan isi perutnya semata-mata. Oleh kerana itu, di bulan Ramadhan sekalipun, apa yang paling menyibukkannya adalah perutnya.

Di bulan Ramadhan ini, Rasulullah s.a.w. banyak menjelaskan bahawasanya, Allah s.w.t. ingin mengampuni dosa-dosa para hambaNya. Oleh yang demikian, jika kamu banya bertaubat dan meminta ampun kepadaNya, maka secara tidak langsung kehendak kamu seiring dengan kehendakNya yang ingin mengampunimu. Di situlah antara adab tertinggi kehambaan jika kamu mengerti rahsia pengabdian diri kepadaNya."

   
Kini aku sedar tak semua umat Muhamad s.a.w mendapat peluang seperti kita.. dan kita diberi hidup hingga sekarang adalah kerana kita insan terpilih untuk bertaubat dan sujud kepadaNYA.. mudah-mudahan kita dalam golongan hamba yang sentia diberi petunjuk dan diletakkan dalam orang-orang yang soleh.. AMIN..


0 Komen/Ulasan:

Post a Comment

Terima Kasih melayari blog Mutiara Hati Insan
Thank you for visiting the blog Mutiara Human Liver .

10 Artikel Popular

List Blog

Peringatan :

Segala perkataan, gambar atau komen berunsur lucah, mengamcam atau memfitnah dengan niat untuk menjatuhkan, menganiaya, mengugut dan menggangu privasi penulis atau menggunakan mana-mana aplikasi secara beterusan atau tidak tanpa atau dengan mendedahkan identiti diri sebenar dengan niat yang sama juga menggunakan atau mencuri gambar, entri dan juga yang apa jua persamaan tanpa izin penulis blog ini sendiri, adalah melakukan kesalahan dan tindakan boleh dimabil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.