Salam Jumaat buat semua pembaca.. Hari ni nulikan saya hanya sekadar memberi pendapat dari kenyataan dan pandangan Zame dalam blog tentang sukarnya mencari suami berkualiti (klik di sini). Cuma saya ingin menambah, bukan anak lelaki sahaja bermasalah bahkan anak perempuan pun sama.
Bagi saya itu semua berkait rapat dengan pendidikan dari ibu paba di zaman ini yang terlalu memanjakan anak. Mereka bukan sahaja mengikut kehendak anak-anak malah ada yang takut berkata TIDAK, apatah lagi hendak memarahi anak-anak kerana dengan alasan takut nanti lari dari rumah.
Dari permasalah ini saya suka merujuk kepada masalah yang saya lihat sendiri dimana kawan saya suami isteri bekerja, tinggal di kawasan bandar, bagi anaknya yang bersekolah menengah duit saku antara RM10 hingga RM15 sehari untuk belanja waktu rehat dan makan tengahari.
Malah kadangkala suami isteri ini terpaksa beri lebih jika anak-anak ini ada aktiviti luar. secara logiknya jumlah perbelanjaan anak ini akan bertambah apabila anaknya meningkat usia.
Biasalah, dari permasalahan ini si Isteri tak sempat menyiapkan sarapan apa lagi untuk masak nasi dan lauk tengahari sebab bergegas ke pejabat. Makan malam pun si Isteri tak sempat masak sebaliknya beli di gerai-gerai setiap hari.
Pernah satu ketika, hari cuti saya balik dari aktiviti sukan sekitar jam 9 pagi. saya lihat ramai pelanggan yang sibuk memilih juadah bagi sarapan pagi, rata-rata pelanggan tu dari kalangan perempuan. terlintas di benak fikiran saya, hari cuti pun tak sempat memasak ke, mungkin saya katakan ini sebab Isteri saya ni suka memasak. Tapi apa salahnya jika hari cuti sebagai Ibu bapa kita luangkan masa kita untuk memasak sendiri juadah untuk keluarga.
Apa yang ingin saya katakan, ibu bapa punca anak-anak kurang pandai mengurus diri kerana anak-anak zaman sekarang dilimpahkan wang ringgit untuk membeli apa yang disukai. Mereka langsung tidak diajar membantu ibu bapa mengemas, mengosok dan mencuci pakaian apa lagi ke dapur untuk memasak..
Selalunya kita akan memberi alasan, buat apa nak masak kalau setakat dua orang nak makan, lebih baik beli. tak buang masa, badan pun tak penat dan yang paling penting tak membazir.. Aduh!!!
Oleh kerana ibu bapa selalu sibuk dengan hal masing-masing, anak-anak ambil kesempatan minta apa saja yang mereka mahu. Kalau tak dapat mereka merajuk. Jadi untuk hilangkan rasa bersalah kerana kurang beri perhatian kepada anak-anak, mereka mengikut apa saja anak-anak minta seperti telefon bimbit dan sebagainya. Apbila besar, mereka tuntut belikan kereta, itu juga akan diikut jika mampu..
Apabila dah kenderaan dan telefon, duit saku mesti lebih untuk minyak dan top up. Duit dah lebih dalam tangan, banyak benda anak-anak akan fikirkan. Akhirnya duit tu akan digunakan ke jalan yang tidak baik..
Rata-rata ibu bapa zaman sekarang tidak berani menasihati apa lagi memarahi anaknya kalau belik lewat. Bayangkan sekolah pagi tapi sampai di rumah jam 5 petang. jika sekolah rendah anaknya balik sekolah duduk rumah pangasuh, naik tingkatan satu anaknya lebih suka duduk di sekolah dengan alasan belajar dengan kawan..
Dengan alasan Jika dimarah anak akan lari dan ada diantara kita cuba memujuk dengan memberi sumbangan berbentuk wang.. Pernahkah kita terfikir yang perbuatan tu akan memburukkan lagi keadaan.
Sebagai ibu bapa, sepatutnya kita termasuk diri saya sendiri mengurus duit belanja sekolah dengan baik, ajar menabung, latih mereka membantu bersihkan rumah, paling tidak bilik tidur sendiri. Ajar mereka cuci baju dan menggosoknya sendiri jika tidak mahu pakai pakaian berkedut ke sekolah.
Ibu bapa juga kenalah berkejasama dan rajin bangun awal pagi siapkan sarapan walaupun hanay nasi goreng dan roti. Apa susahnya masak nasi guna periuk elektrik. Apa yang penting terapkan nilai makan dirumah..
Masalahnya zaman ini, kita lebih ramai ibu bapa yang tidak mahu ke dapur, suka beli makanan siap di gerai, alasan yang selalu di dengar TAK ADA MASA sebab bekerja, lebih menjimatkan, tak penat cuci periuk dan pinggan. Masalahnya kita lupa bahawa kita tidak mendidik anak-anak berjimat, menguruskan rumahtangga terutama anak-anak perempuan.
Pernahkah kita fikir, Apa akan jadi kepada mereka apabila dewasa nanti?...
Bagi saya tidak salah jika kita sebagai suami isteri berkorban tidur dengan bangun padi memasak. bangun awal sediakan sarapan atau sedikit makanan untuk anak makan kerana selain dapat berjimat, kita juga boleh mendidik anak-anak rajin memasak terutama anak perempuan dan yang palin penting dpat mengeratkan hubungan kekeluargaan.
Jadi jika di katakan anak lelaki tidak berkualiti.. saya sama sekali tidak bersetuju kerana nilai erti perkataan perempuan pada zaman sekarang ini lebih bermasalah. Jadi apabila anak-anak kita kahwin, mereka sama-sama tak berkualiti. Semua benda ambil mudah, tak suka susah sikit.
Jangan terkejut kalau suatu hari nanti lahir keluarga yang sentiasa tak cukup duit sebab mereka tidak pernah tahu dan diajar berjimat serta mengurus keluarga dengan baik.
Saya ni bukan bertujuan nak menunjuk ajar, jika di katakan pengalaman mendidik anak sendiri. anak-anak saya baru berusia bawah setahun. Tapi saya cuba mencari dan mendapatkan pendapat dalam mendidik anak-anak saya. Mudahan Allah mempermudahkan segala urusan saya dalam mendidik anak-anak.
Mudahan pendapat ni dapat membuka fikiran kita dan sedikit sebanyak dalam membimbing anak-anak kita. Skurang-kurangnya, baik anak lelaki mahupun anak perempuan, mereka tahu bagaimana hendak mengurus keluarga setelah berkahwin, tahu berjimat dan menabung demi masa depan.
Get this widget!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 Artikel Popular
-
https://www.facebook.com/hyppworld?sk=app_302135146582025 Hari ni antaramuka Facebook yang pertama saya layari adalah Hotters Fireman, ...
-
Sekarang ni Iman dah genap berusia 6 bulan 16 hari.. berat iman ketika berusia 6 bulan 7.7kg.. masa ni kami bawak iman g klinik d Pahang.....
-
Mengapa Ibu Menangis ? Suatu ketika, ada seorang anak lelaki yang bertanya kepada ibunya. “Ibu, mengapa ibu menangis ?”. Ibunya menjaw...
-
Sedar dan tak sedar dah 19 Syaaban, lebih kurang 11 hari lagi untuk seluruh umat Islam akan menyambut bulan Ramadhan. Ramai yang memfokus...
-
BAGAIMANA AKU HENDAK JADI SEORANG KHALIFAH ? "Allah jadikan orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (umat Muhamad s.a....
-
Bila tengok gambar ni apa yang anda fikirkan.... tentu semua pernah mendengar peribahasa "Perjalanan beribu batu bermula dengan langk...
-
Semalam saya dan Isteri tercinta sekadar bersembang kosong.. Pelbagai topik jugak kami bukak silih berganti, tapi dalam banyak-banyak topik ...
-
Sekadar maluah pendapat mengenai lelaki, Menjadi seorang lelaki mungkin boleh menjadi kemegahan. Banyak perdebatan antara lelaki dan peremp...
-
Dalam memperkatakan mengenai tanggungjawab Menantu Terhadap Ibu Bapa Mentua, hari ini ramai yang salah tanggap mengenai tanggungjawab te...
List Blog
-
-
Crafting the Perfect Classic Bathroom Retreat With Designer Hayley Servatius - Bathrooms that make you stop and stare in awe — that’s the dream, right? The ones that feel like a little slice of heaven, perfect for soaking away the d...3 months ago
-
7 Perkara Perlu Diingat Ibu Bapa Dalam Perjalanan Membesarkan Anak-anak - Perjalanan membesarkan anak-anak adalah perjalanan yang penuh warna-warni. Ada cabaran, ada kegembiraan dan pasti ada juga detik-detik yang menyedihkan. ...1 year ago
-
Apa Tun M Cakap Benar Belaka - DI MANA kesetiaan jika setiap hari bercakap bahasa ibunda? Di mana kesetiaan jika setiap tonton saluran negara China dan India? Di mana kesetiaan jika set...1 year ago
-
ππ£π SEBENARNYA πππ πππππ ππππππ ? - Kaabah merupakan kiblat bagi setiap umat Islam di dunia. Setiap kali menunaikan solat, umat Islam wajib menghadap Kaabah tidak kira di mana dia berada. Wal...4 years ago
-
Prediksi Villarreal vs Espanyol 3 Februari 2019 - Prediksi Villarreal vs Espanyol 3 Februari 2019 – Pagelaran lanjutan Divisi Primera tahun 2018/2019 kini telah memasuki pekan ke 22 dan akan mendatangkan d...6 years ago
-
Be Careful What You Wish For - Satu ketika dulu, masa saya duduk berbual-bual with my mom, saya bilang something like,* Best kan kalau jadi orang kaya? Banyak duit. Bila-bila nak pergi s...7 years ago
-
2016 : My first Entry - Haish...its been a long time iolss tak hapdet..huhuhu... Makin lama makin baloq liat (pemalas tahap teruk) nk buat coretan... Alhamdulillah 2016 bermula...9 years ago
-
Adam Harith Si Pejuang Kecil. - Sewaktu mengetahui kewujudan Adam Harith dalam rahim, masa tu baru dalam sebulan kami sekeluarga pulang dari mengerjakan umrah. Seingat aku, memang ada d...9 years ago
-
-
Ambil kira ‘malang tak berbau’ ketika percutian.. - Percutian adalah waktu untuk menenangkan minda dan menikmati suasana baru di luar kebiasaan atau rutin harian. Waktu itu juga kebiasaannya dimanfaatkan un...10 years ago
-
kita semakin menjauh.. - Salam.,, Kita makin jauh,, Ya,. Aku mula merasakannya.. Tiada lagi sapa dari mu Begitu jua aku, Janggal rasa bila bertemu Padahal dulu kita satu,. Kita ...11 years ago
-
Aidilfitri bersama adik ipar baru - Salam Aidilfitri. Dah lama tak update cerita-cerita syok sendiri ;p Aidilfitri 1434 Hijrah ni Mhni beraya bersama adik ipar baru, sambutan raya kali ni pun...12 years ago
-
-
"SEDIHNYA PABILA SATU KETIKA "........... - *"Sejenak kita kongsi bersama......Semoga kegembiraan akan muncul walaupun sekali ~~"* Sedihnya terasa hati ini bagaikan ingin...14 years ago
-
Himpunan Hadis - Hadis Rasullullah 14 - *TEPUNG TAWAR,MEMUJA PANTAI DAN MANDI SAFAR* *Tidak ada kepercayaan adanya jangkitan , tidak ada kesialan , tidak ada hal - hal tak baik kerana burung...15 years ago
-
-
-
-
Peringatan :
Segala perkataan, gambar atau komen berunsur lucah, mengamcam atau memfitnah dengan niat untuk menjatuhkan, menganiaya, mengugut dan menggangu privasi penulis atau menggunakan mana-mana aplikasi secara beterusan atau tidak tanpa atau dengan mendedahkan identiti diri sebenar dengan niat yang sama juga menggunakan atau mencuri gambar, entri dan juga yang apa jua persamaan tanpa izin penulis blog ini sendiri, adalah melakukan kesalahan dan tindakan boleh dimabil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.
0 Komen/Ulasan:
Post a Comment
Terima Kasih melayari blog Mutiara Hati Insan
Thank you for visiting the blog Mutiara Human Liver .