"Mutiara Hati Insan"








"Sekiranya anda datang dari lurah yang dalam dan bercita-cita menakluki puncak tinggi, itu bukan mimpi. selagi berpegang kepada visi dan matlamat yang jelas, berkomited untuk meneruskan perjalanan, berkemungkinan besar anda tetap akan berjaya. kalau pun tidak dapat mencapai puncak anda sebenarnya mangkin hampir kepadanya. itu lebih baik daripada MENDIAM DIRI "

MEMORY

MEMORY

..............

..............

.............

.............

Running

Running

Get this widget!

Iman belajar makan sendiri..

Sunday, June 10, 2012

Lepas satu.. satu gelagat Iman yang kadang kala memenatkan dan hilang sabar jugak.. tapi bila difikirkan balik, gelagat ni lah yang buatkan saya jadi rindu dengan Iman..

Kali ni gelagat Iman nak belajar sesuatu yang dah lama dia lihat, rasanya dah lama Si Comel ni nak buat tapi tak diberi kesempatan.. Hari sabtu minggu ni (bersamaan 09 Jun 2012)  Nurul Iman betul-betul menguji kesabaran, mulanya nak marah jugak tapi lama kelamaan jagi suka pulak tgk gelagat Iman tu..

Mana taknya hari sabtu baru2 ni, iman dah mula tak nak makan bersuap, bila di suap makan je dia akan keluarkan balik.. Bila perbuatan ni berulang-ulang di buat si comel, naik malas saya nak layan.. biasalah kalau org lelaki yang layan anak.. tingalkan je mangkuk yang berisi nasi tu di atas meja jepun..

Iman apa lagi terus menghampiri meja, siap menarik bangku pink separas meja jepun dan duduk, saya memerhati je gelagat Iman.. Nak jugak tengok apa lagi lah idea si Comel kali ni.. Bila dah macam selesa dengan kedudukan, Iman mencuri pandang ke arah saya sambil tersenyum.. lepas tu fokus Si Comel tu hanya tumpu pada mangkuk nasi, buat tak tahu je si comel tu bia saya cakap JANGAN...

Iman mula lah menyuap makanan dengan sudu, habis tumpah nasi pada sudu semasa dia menyuap.. Mula tu naik marah juga, habis tumpah dan bersepah nasi yang jatuh.. dah lah nasi tu berkuahkan sup, habis berminyak.. 

Sabar je lah.. Dalam fikiran, tak pe nanti Si Ibu nak kemaskan hehehehe.. Aku memerhati kan je lah dari jauh..

Lama kelamaan Iman dah makin pandai, jumlah nasi yang tumpah makin berkurangan dan cara Iman memegang sudu pun dah semakin yakin.. kagum jugak saya lihat proses pembelajaran Iman masa tu.. Selera makan tu jangan cakap lah, mungkin sebab puas dapat suap makan sendiri.. Makin lama makin menghiburkan puak teletah Iman ni.. Sempat jugak saya ambil gambar untuk dikongsikan dan di muatkan dalam blog.. 

Cubaan yang makin selesa si Comel menyuap makanan
setelah beberapa kali mencuba

Dengan badan-badan sekali begerak

Sedang cuba kaut lebihan nasi pada mangkuk

Yang paling best, Iman menghirup sup dengan mangkok.. saya pun tak tahu lah dari siapa Nurul Iman ni dapat idea tu.. tapi apa yang peting memang menghiburkan.. setiap kali selepas Iman menghirup dia sup dia akan tersenyum puas.. Gelagat ni memang comel dan kelakar.. 

Cubaan menghirup Sup..

Ah!! nampak mcm lega je..



Tersenyum puas Iman selepas menghirup sup..

Tersenyum puas si comel!!!

0 Komen/Ulasan:

Post a Comment

Terima Kasih melayari blog Mutiara Hati Insan
Thank you for visiting the blog Mutiara Human Liver .

10 Artikel Popular

List Blog

Peringatan :

Segala perkataan, gambar atau komen berunsur lucah, mengamcam atau memfitnah dengan niat untuk menjatuhkan, menganiaya, mengugut dan menggangu privasi penulis atau menggunakan mana-mana aplikasi secara beterusan atau tidak tanpa atau dengan mendedahkan identiti diri sebenar dengan niat yang sama juga menggunakan atau mencuri gambar, entri dan juga yang apa jua persamaan tanpa izin penulis blog ini sendiri, adalah melakukan kesalahan dan tindakan boleh dimabil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.