"Mutiara Hati Insan"








"Sekiranya anda datang dari lurah yang dalam dan bercita-cita menakluki puncak tinggi, itu bukan mimpi. selagi berpegang kepada visi dan matlamat yang jelas, berkomited untuk meneruskan perjalanan, berkemungkinan besar anda tetap akan berjaya. kalau pun tidak dapat mencapai puncak anda sebenarnya mangkin hampir kepadanya. itu lebih baik daripada MENDIAM DIRI "

MEMORY

MEMORY

..............

..............

.............

.............

Running

Running

Get this widget!

Peranan Suami dalam Penyusuan si Comel

Monday, July 9, 2012

Gambar : Ayah dan dua cahaya mata
Sekadar meluahkan pendapat dan pengalaman sebagai suami dalam Penyusuan si Comel.. Hari ini saya terbaca kisah seorang isteri mengeluh kerana kesihatan anak, dan ada jugak rakan FB saya merungut mengenai susu jenama ini tak baik dan yang paling tak masuk akal ada menyatakan isteri tiada susu..

Sekarang ini zaman multimedia jadi segala persoalan itu dan ini ada terjawab di ruang internet.. Pokok pangkalnya terletak pada kita samaada nak mendapatkan maklumat itu atau tidak..

Hasil dari permerhatian saya sebagai suami ternyata untuk menyediakan bekalan susu kepada si comel bukan sesuatu yang mudah, ianya perlukan pengorbana terutama dari segi masa.. Jika kita sebagai ayah mahukan anak-anak kita mendapat dan memastikan ianya menyusu sehingga 2 tahun apa salahnya kita bertolak ansur dan membantu isteri..

Terdapat pelbagai cabaran yang mungkin timbul dalam usaha untuk memastikan bayi dapat menyusu sehingga mencapai umur dua tahun. Antaranya seperti tidak mendapat sokongan keluarga terutamanya bagi ibu-ibu berkerjaya serta mitos atau kepercayaan yang salah tentang penyusuan susu ibu, sering mengganggu kelancaran proses menyusui bayi.

Sering kali kita terdengar kepercayaan seperti “payudara kecil tidak mampu menghasilkan susu”, boleh mematahkan semangat dan keyakinan si isteri mahupun ibu si kecil. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai suami mencari ilmu pengetahuan sebanyak yang mungkin supaya dapat memberikan keyakinan kepada isteri.

Masalah juga sering timbul pada hari pertama hingga hari ketiga kelahiran bayi. Pada waktu ini penghasilan kolostrum sedikit, seolah-olah tidak mencukupi untuk keperluan bayi. Anggapan ini menyebabkan ahli keluarga sering menasihatkan si ibu supaya memberikan air masak atau susu formula untuk mengelakkan bayi menangis. Dari penilaian dan sumber perubatan yang saya perolehi ternyata persepsi ini ternyata salah kerana kandungan dan jumlah kolostrum yang di terima oleh setiap bayi adalah memadai baginya.

Khasiat kolostrum mampu memenuhi semua keperluan yang bayi perlukan pada masa tersebut. Saiz perut bayi yang kecil hanya mampu menerima jumlah kolostrum sedikit (lebih kurang 80 hingga 100 ml sehari).  Sebagai suami, kita perlulah memainkan peranan untuk meyakinkan ahli keluarga yang lain bahawa bayi hanya perlukan susu ibu dalam masa enam bulan pertama. Memberikan minuman lain atau memperkenal puting kosong pada bayi akan mengganggu proses penyusuan susu ibu.


Ternyata cabaran untuk kita sebagai suami isteri terlalu hebat dalam usaha untuk menyusui si comel, jadi apa salahnya jika kita sendiri mengambil langkah dengan memberi sokongan yang kuat antara satu sama lain.

Sebagai suami, kita perlulah sentiasa mendorong isteri dalam pelbagai perkara, terutamanya dalam menentukan pemakanan terbaik untuk anak-anak. Percaya lah kata-kata perangsang daripada suami mampu meningkatkan lagi keyakinan isteri supaya dapat meneruskan penyusuan susu ibu walaupun menghadapi banyak kesulitan.

Penyusuan susu ibu  bukan sahaja memberikan kelebihan kepada bayi dan ibu, malah kedudukan kewangan kita turut tidak terjejas. Dari pengalaman membesarkan Iman dan Izati ternyata selain Doa, susu Ibu lah penyelesaian dari si comel mengalami penyakit yang serius. Jadi kami boleh menyatakan dengan yakin TIDAK kepada ubat.

3 Komen/Ulasan:

Unknown said...

Punca utama kekurangan susu ialah stress dan pemakanan. Sebagai bapa prihatin, kena bantu ibu atasi stress bersama-sama. Sama-samalah kita ingat mengingati kwn2 lelaki kita yg bergelar bapa, utk sama2 support isteri.. Bukan sekadar di bibir tetapi pada tindakan. Isteri pasti gembira kalau suami dapat ringankan tugasan di rumah. Bila isteri gembira, susu yang dihasilkan pun mestilah lagi sedap :) anak pun mesti kenyang.. X minum susu yg stress ;p

Saiful Runner said...

Betul tu.. Insya'Allah tak hanya di bibir semua tindakan sekadar termampu..

Bukan lain.. semua tu untuk Isteri tercinta n anak tersayang kan..

Unknown said...

yup

Post a Comment

Terima Kasih melayari blog Mutiara Hati Insan
Thank you for visiting the blog Mutiara Human Liver .

10 Artikel Popular

List Blog

Peringatan :

Segala perkataan, gambar atau komen berunsur lucah, mengamcam atau memfitnah dengan niat untuk menjatuhkan, menganiaya, mengugut dan menggangu privasi penulis atau menggunakan mana-mana aplikasi secara beterusan atau tidak tanpa atau dengan mendedahkan identiti diri sebenar dengan niat yang sama juga menggunakan atau mencuri gambar, entri dan juga yang apa jua persamaan tanpa izin penulis blog ini sendiri, adalah melakukan kesalahan dan tindakan boleh dimabil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.