Hai!!

"Sekiranya anda datang dari lurah yang dalam dan bercita-cita menakluki puncak tinggi, itu bukan mimpi. selagi anda berpegang kepada visi dan memiliki matlamat yang jelas, anda berkomited untuk meneruskan perjalanan, berkemungkinan besar anda tetap akan berjaya.kalau pun tidak dapat mencapai puncak anda sebenarnya mangkin hampir kepadanya. itu lebih baik daripada MENDIAM DIRI "

MEMORY

MEMORY

..............

..............

.............

.............

Running

Running

Google+ Followers


Get this widget!

Nukilan Penulis mengenai Doa..

Sunday, July 8, 2012


“Doa itu adalah otak ibadah” (Hadis riwayat Imam al-Bukhari). Doa bukanlah sekadar ibadah sahaja, malah ia juga menjadi otak mahupun inti ibadah.


Imam Syaukani di dalam bukunya, kitab Tuhfadutz Dzakkirin mengatakan otak adalah bahagian yang paling penting dalam tubuh manusia. Maka, setiap amalan tanpa doa adalah seperti pokok tanpa buahnya. Hal ini adalah kerana doa adalah inti bagi setiap amal ibadah.

"Doa dapat didefinisikan sebagai permintaan atau permohonan daripada pihak yang berkedudukan rendah kepada pihak yang berkedudukan lebih tinggi. Pihak yang berkedudukan rendah yang dimaksudkan disini ialah manusia dan pihak yang berkedudukan tinggi itu adalah Allah yang Maha Tinggi dan Maha Sempurna.
"Doa juga adalah manifestasi tanda kelemahan hamba yang memerlukan pertolongan dan bantuan Allah dalam menghadapi cabaran kehidupan. Hal ini turut diperjelasakan dalam surah al-Ghafir ayat 60 yang bermaksud: Dan Tuhanmu berfirman, “Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong tidak mahu menyembah-Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina

ayat di atas dipetik dari : Syahidatun Najihah Aziz

Dewasa ini, ramai yang menganggap doa itu perkara remeh. Hakikatnya, doa itu mampu mengubah sesuatu yang tidak mungkin kepada mungkin terjadi. Berdoa kepada Allah bererti meminta sesuatu daripada-Nya kerana Dialah pemilik segala-galanya. Allah Maha Berkuasa mengabulkan doa sesiapa sahaja yang memohon daripada-Nya, di mana sahaja dan pada bila-bila masa dengan syarat Allah berkenan mengabulkan sesuatu doa.
Antara keistimewaan doa ialah doa adalah senjata yang ampuh ataupun mujarab bagi orang yang beriman. Kembali lah kepada sejarah zaman Nabi dimana dengan doa, Nabi Nuh terselamat dan kaumnya yang kafir tenggelam dalam taufan. Dengan doa jugalah Allah mengabulkan permintaan Hannah binti Faqud, ibu Maryam yang mahukan anak yang di kandung menjadi anak solehah. Malah Maryam menjadi contoh wanita terbaik pada zamannya.Ini turut di perkuatkan dengan hadis Rasullah, Doa adalah senjata mukmin, tiang agama dan cahaya langit dan bumi.” ( Hadis riwayat al-Hakim dan al-Mustadrak)
Sejarah mencatatkan kejadian-kejadian luar biasa yang berlaku dengan doa. Hamba-hamba Allah yang tersepit oleh kesusahan hidup mampu melepaskan diri daripada kesukaran dan bahaya selepas mereka berdoa dan memohon jalan keluar daripada Allah. Semuanya menjadi mungkin dengan rahmat Allah yang dapat kita peroleh dengan senjata pusaka iaitu doa.
Melalui kisah Nabi Daud, Allah memberikan pertolongan setelah Nabi Daud berdoa semasa berperang melawan tentera raja Jalut. Allah menurunkan pasukan malaikat hingga tentera Nabi Daud berjaya menewaskan tentera raja Jalut yang jauh lebih ramai.
Ditambah pula apabila doa itu diucapkan oleh orang tertentu yang menjadikan doa itu cepat termakbul. Doa seperti itu terus menembus langit dan sampai ke Arasy yang bererti Allah akan segera mengabulkan permintaannya. Antara doa yang dimakbulkan Allah ialah doa para nabi dan orang yang soleh, doa orang tua untuk anaknya dan doa orang yang teraniaya. Hal ini turut di perjelaskan lagi dengan sabda Rasullah yang bermaksud, “Tiga doa yang pasti dimakbulkan Allah iaitu doa seorang bapa (dan ibu), doa orang yang bermusafir dan doa orang yang dizalaimi”. (Riwayat Abu Daud).
Berdoa bukanlah sekadar penyudah kepada solat tetapi doa itu adalah ibadah. Ini bererti doa menjadi ibadah apabila kita melakukannya semata-mata kerana memenuhi perintah Allah. Sebaliknya, apabila kita berdoa bukan kerana melaksanakan perintah Allah, doa itu bukanlah ibadah. Dalam sebuah hadis Nabi Muhammad menegaskan, berdoa itu nilainya sama dengan ibadah. Nu’man bin Basyir melaporkan, nabi bersabda yang bermaksud, “Sesungguhnya doa itu adalah ibadah.”(Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi, dinilai sahih oleh al-Albani)
Daripada keterangan di atas, kedudukan doa adalah sangat tinggi disisi Allah. Sewaktu kita berdoa, kita menghadapkan hati yang tulus, rendah diri dan tawaduk kepada Allah mengharapkan sesuatu daripada-Nya. Kita mengagungkan zat Allah dengan ikhlas. Sesungguhnya, tiada Tuhan yang Maha Tinggi, Maha Agung dan Maha Sempurna selain Allah. Seperti yang di jelaskan dalam surah al-Fatihah ayat 5 yang bermaksud, “Hanya kepada-Mu kami menyembah dan hanya daripada-Mu kami memohon pertolongan.
Oleh itu, tidak ada yang lebih mulia kedudukannya di sisi Allah selain doa. Abu Hurairah ada menyebut, Nabi Muhammad berkata, “Tidak ada sesuatu yang lebih mulia di sisi Allah daripada doa.” (Riwaya Ibnu al-Tirmizi dan Ibnu Majah).
Doa juga berfungsi sebagai penolak takdir sesuai dengan izin Allah. Melalui doa hamba-Nya, Allah memberi kebahagiaan dan keselamatan hamba-Nya di dunia mahupun di akhirat. Seperti sabda Rasullah yang bermaksud, “Tidak ada yang dapat menolak takdir kecuali dengan doa dan tidak ada orang yang dapat memanjangkan umur kecuali bagi melakukan kebaikan.” (Hadis Riwayat Hakim, Ibnu Hibban dan Tirmizi).
Justeru itu, ringan-ringkanlah diri kita untuk berdoa kepada-Nya. Banyak faedah daripada berdoa. Antaranya ialah Allah meningkatkan darjat hamba-Nya yang berdoa. Selain itu, doa turut menjamin keselamatan seseorang apabila ada keburukan yang bakal menimpanya.
Sebagai hamba Allah yang patuh akan perintah-Nya, kita seharusnya sentiasa memanjatkan doa pada Yang Esa kerana doa itu adalah zikir dan dengan berzikir, hati akan menjadi tenang dan tenteram.


Mudahan kita menjadi hamba Allah yang berfikir dan berdoa sebagai tanda mengingati Maha Pencipta.. Amin

0 Komen/Ulasan:

Post a Comment

Terima Kasih melayari blog Mutiara Hati Insan
Thank you for visiting the blog Mutiara Human Liver .

10 Artikel Popular