"Mutiara Hati Insan"








"Sekiranya anda datang dari lurah yang dalam dan bercita-cita menakluki puncak tinggi, itu bukan mimpi. selagi berpegang kepada visi dan matlamat yang jelas, berkomited untuk meneruskan perjalanan, berkemungkinan besar anda tetap akan berjaya. kalau pun tidak dapat mencapai puncak anda sebenarnya mangkin hampir kepadanya. itu lebih baik daripada MENDIAM DIRI "

MEMORY

MEMORY

..............

..............

.............

.............

Running

Running

Get this widget!

Surat Untuk Abang dan Adik..

Tuesday, November 1, 2011

Pagi ni dala kotak email aku ada seseorang menghantar kisah yang aku rasa baik untuk dikongsikan dengan pembaca.. kisah 2 beradik..





- Surat Untuk Abang dan Adik -


Ia mengisahkan kisah seorang adik yang selalu tulis surat pada abang dia.. dia tak tahu pun yang abang dia ada balas surat tu...


Aku ada abg.. dah lama berpisah.. tapi aku selalu utus surat kat dia yang ada di kampung.. satu pun x berbalas...


2 tahun lepas.. Aku nikah tanpa izin abg... Sebab puas aku cari x jumpa dia.. Sepanjang majlis perkahwinan aku x tenang...


Cuti sekolah yg lepas.. aku ajak suami aku balik kampung.. aku nak bersihkan rumah pusaka mak dan ayah.. semasa membersih rumah aku tersapu surat yang aku kirimkan pada abg 2 tahun yang lalu..sebelum aku nikah.. suratnya mcm ni....


" Khas buat abang ku...


Abg, ko ingat lagi x...


Mak dan ayah meninggal masa aku darjah 5.. ko pulak dah tingkatan 5.. masa tu diorg kemalangan sebab nak beli kek befday aku.. aku mengamuk nak kek hingga semua barang dalam rumah kita aku baling.. tapi aku hairan masa tu, ada satu bekas kaca yang aku pecahkan.. ttiba banay air keluar.. tapi ko cepat2 lap lantai rumah kita.. aku pulak tak ambil kisah pon pasal tu...


Sebelum pergi.. diorg cium kitaberdua.. diorg cakap..


" Abg, ko jaga adik.. jgn bagi nangis..kalo mak dah pergi ko jgn tinggal dia..ingat sikit mak dan ayah ko ni.. jgn sesekali biar dia sorg2.."


ko ingat x..


Sebelum diorg pergi beli kek, ko balik dari sekolah.. ko belikan aku pengikat rambut warna biru.. sebab ko suka warna biru kan.. Tapi aku campak kat longkang belakang umah kita.. sebab  aku suka warna pink.. Lepas kejadian tu.. ko tak pernah ucap befday kat aku lagi.. Sampai sekarang...


Abg, ko ingat x..


Kita hidup 2 org je lepas tu.. ko x sekolah lagi.. Ko pergi mana pon aku x tahu.. Tapi malam2 baru ko balik dan xpernah cakap ngan aku.. ingat tak... Aku masak utk ko.. Tapi ko xmakan pon.. Last2 esok aku  nampak ayam2 yg makan.. Ko x pernah ucap terima kasih kat aku....


Abg ko ingat tak....


Pernah sekali aku mintak duit nak pergi sekolah.. tapi time tu ko tengah tidur.. Aku ambil 2 ringgit dlm poket jeans ko... Masa balik sekolah, ko lempang aku sampai mulut aku darah.. Tapi ko x pujuk aku balik pon.. Tapi keesokannya, nasib baik luka tu dah elok..


Abg, ko ingat x...


Semasa umur aku 18 th.. ko hantar aku kat KL, Umah Pak Long.. ko cakap ada hal.. Tapi sampai sekarang ko x datang amik aku... Berpuluh surat aku titipkan bersama air mata aku pada ko.. Kenapa tidak sebarang balasan.. Kenapa abg????..


Sekarang umur aku dah 26 thn, dan ko dah pon 32 th... aku sudah pun di sunting org... ketika hajat utk nikah aku sampaikan satu surat pada ko.. Kenapa  kau diam je???... Kenapa ko x cakap apa2?? aku perlu izin mu sebagai wali aku....


Abg...,


Jika kau dapat surat ni.. Katakanlah pada aku.. Ada apa sebenarnya yg sedang berlaku...


Salam Sayang;


Adik..."


Aku mula terasa yg teringat nak selongkar rumah pusaka ni.. Ye lah.. nak balik jarang sangat... masa aku buka almari aku yg buruk dan dimakan anai2.. terjatuh satu kotak besar dan bertabur lah sampul2 surat yang disimpan dalam kota...


Dan tiba2 aku terpandang satu surat yg cantik sangat.. dan aku buka..

" Assalam'mualaikum.... Adik;


yang jauh di mata..


Maafkan abg kerana x balas satu pon surat yg ko kirimkan.. kerana aku tak berdaya..


Aki masih ingat detik kemalangan mak dan ayah kita... iye, ko pecahkan hiasan rumah.. tahukah ko salah satu perhiasan di situ adalah hadiah untuk mu??.. Mesti ko tidak perasan.. yg pecah itu adalah sebuah balag kaca ikan emas yg telah aku, ayah dan mak belikan utk ko,, Tahukah ko ayah masih berhutang dgn apek jual ikan tu di pekan...


Adik ku sayang...


Aku tau ko tak suka warna biru....Tapi aku beli pengikat rambut tuk kau.. supaya kau akan ingat aku sentiasa bila kau pakai pengikat rambut tu... Walaupun ko dah campakkan pengikat rambut tu.. Aku dah ambil, dah basuh... dan telah aku letakkan dalam sebuah kotak kecil di rumah kita.. Nanti ko ambil ya..


Adik ku Sayang...


Jangan lah kau sedih kerana aku sudah tak ucapkan lagi tanggal hari jadi ko.. Ko pon sudah lupa ya.. Pada tarikh tulah kedua org tua kita meninggal.. Aku tak sanggup melihat tangisan ko bila aku ucapkannya.. Aku harap kau mengerti...


Adikku sayang...


Tahukah kau kenapa aku hanya balik bila malam sj... Kerana aku bekerja di Pekan... mengangkat guni2 utk letak dlm lori.. Utk menyara ko.. Utk membeli buku sekolah ko, makan ko, baju ko dan semua persiapan ko... Kerana masa tu.. kau sangat terkenal dgn kecantikan kau... Ramai puji.. Aku harus sediakan perhiasan tuk ko... Supaya ko tidak malu.. Aku tidak pulang siang hari kerana aku takut jika ko di cerca kerana abgmu yg kelihatan seperti pengemis ni..


Adikku sayang....


siapa cakap yg aku tidak menjamah masakan ko.. Aku akan makan masakan itu sebelum subuh.. Sebab aku perlukan tenaga utk siang hari.. dan aku makan semasa ko tidur.. Supaya ko tak susahkan diri utk temankan aku dan basuh pinggan aku..


Adikku sayang...


Aku malu utk ucapkan terima kasih.. kerana ko banyak berkorban utkku.. Ko menyediakan makan ku dan segalanya.. Adakah ucapan itu cukup utk bayar semuanya???... Jika aku ucapkan terima kasih.. Biarlah aku ucapkan di akhir hayatku.. kerana terima kasihku untuk mu adalah utk semua yg ko lakukan semasa hidupku...


Adik ku sayang...


Maafkan aku kerana aku memukulmu.. Tahukah kau mencui dan mengambil barang tanpa kebenaran adalah berdosa? Aku x sanggup utk mengherdik ko lalu aku putuskan utk memberi pengajaran yg akan kau ingat sampai bila2... Betulkan.. selepas kejadian tu.. sampai sekarang ko dah tak mengambil barang org lain sesuka hati kan??? Itu lah tandanya perbuatanku tidak sia2 kerana aku dapat mendidikmu.. an tahukah ko aku  menyapu minyak di bibirmu pd mlm tu ketika ko tidur.. Aku keluar mencari pucuk jambu batu dan dan menggilingnya sehingga batu leseng menggiling tanggan aku... Sakit sangat.. Tapi aku tetap teruskan dan Alhamdulillah.. aku berjaya menyapu pada luka ko.. aku tak mahu bengkak itu mencacatkan wajah cantik ko..


Adik ku sayang...


Maafkan aku kerana terpaksa memisahkan kau dari aku, sebenarnya... aku menghantar ko kerana aku jatuh sakit ketika itu.. Mungkin kerana aku bekerja kontrak di tempat pembinaan menyebabkan aku sangat terdedah pada debu dan simen.... Aku terjatuh semasa kerja dan dikerjakan ke Hospital.. Dr. mengesahkan aku menghidap barah peparu dimana badan aku tidak berupaya utk memikul batang yg berat, serta pernafasan aku sudah tak selancar dulu.. Patutlah aku selalu batuk, sesak nafas dan pandanganku yg makin kabur.. Aku terpaksa dirawat di Hospital walaupun Dr. menjangkakan aku xkan bertahan lama..


Sayang ku ketahuilah aku rindu ko...


Aku titipkan surat ni di rumah pusaka.. Ketika ini aku di Hospital.. Jika suatu hari nanti ko pulang ke rumah kita.. Bacalah semua surat2 dan bukalah semua hadiah yg aku belikan setiap tahun lebih kurang 9 tahun dulu.. dan maafkan aku jika x tapat sediakan hadiah untukmu pada tahun ni...


Adik ku sayang...


Mungkin tika ko membaca surat ni.. Aku sudah tiada.. Jangan ko bersedih.. Di sini ada beberapa perkara yg ingin aku katakan..


Untuk menyapu rumah ketika aku pulang dgn pakaian yg kotor serta berdebu.. TERIMA KASIH


Untuk mengelap setiap barang yg aku sentuh supaya sentiasa bersih dan tiada kuman.. TERIMA KASIH


Untuk membasuh pakaian yg busuk dgn peluh ku.. TERIMA KASIH


Untuk melemparkan senyuman dan salaman ketika aku pulang dari kerja.. TERIMA KASIH


Untuk memasak lauk kegemaranku yg ko sangka aku tak suka... TERIMA KASIH


Untuk mengingat ku dan menulis surat yg x aku balas... TERIMA KASIH


Untuk menjadi Adik yg sangat aku sayang.. TERIMA KASIH


Untuk segalanya yg kita tempuh, suka mahupin duka.. TERIMA KASIH


Adik ku sayang...


sekiranya ko di sunting org.. biarlah pakcik kita menjadi walimu.. kerana aku mungkin sudah tiada..


Bahagiakan dirimu.. Kerana itu yg aku mahukan.. Jagalah suami mu dan jgn ko ingkarinya...


Salam sayang sedalam-dalamnya...


Abang"


Di rumah pusaka itu.. Aku termenung bersama jernihan air mata yg mengalir.. Lantas.. Aku buka satu perastu hadiah yg dikatakan..


Semuanya berwarna Pink.. dan semuanya di tulis nama aku dgn tulisan yg sangat indah.. ya Allah.... Aku termenung sambil menatap hadiah itu...


Ya Allah.. dimakah dapat ku cari insan semulia bangku..


p/s : Peliharalah hubunga silaturahin kekeluargaan.. kerana ia adalah satu ikatan yang susah di cari dan tiada dapat di ganti..

0 Komen/Ulasan:

Post a Comment

Terima Kasih melayari blog Mutiara Hati Insan
Thank you for visiting the blog Mutiara Human Liver .

10 Artikel Popular

List Blog

Peringatan :

Segala perkataan, gambar atau komen berunsur lucah, mengamcam atau memfitnah dengan niat untuk menjatuhkan, menganiaya, mengugut dan menggangu privasi penulis atau menggunakan mana-mana aplikasi secara beterusan atau tidak tanpa atau dengan mendedahkan identiti diri sebenar dengan niat yang sama juga menggunakan atau mencuri gambar, entri dan juga yang apa jua persamaan tanpa izin penulis blog ini sendiri, adalah melakukan kesalahan dan tindakan boleh dimabil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.