"Mutiara Hati Insan"








"Sekiranya anda datang dari lurah yang dalam dan bercita-cita menakluki puncak tinggi, itu bukan mimpi. selagi berpegang kepada visi dan matlamat yang jelas, berkomited untuk meneruskan perjalanan, berkemungkinan besar anda tetap akan berjaya. kalau pun tidak dapat mencapai puncak anda sebenarnya mangkin hampir kepadanya. itu lebih baik daripada MENDIAM DIRI "

MEMORY

MEMORY

..............

..............

.............

.............

Running

Running

Get this widget!

Adab memberi teguran

Friday, May 25, 2012

Sememangnya dalam kehidupan kita ini, perbezaan pandapat dan mempunyai pandangan yang berlainan adalah perkara yang lumrah malah dianggap biasa..

Bagi saya, apabila ia belaku jangan sesekali ada di antara kita dengan mudah membuat keputusan mahupun sesimpulan yang menjurus kepada prasangka kononnya ia bertujuan memburukkan sesiapa.

kalau boleh janganlah kita terlalu gopoh ke hadapan dengan membuat andaian yang bukan-bukan atau berhujah dengan penuh emosi sehingga wujud cabar-mencabar.

sebaiknya teguran atau pun pandangan yang diterima perlu diteliti dan dihalusi serta dikaji kebenarannya. Ini kerana perbuatan menegur orang yang melakukan kesalahan merupakan tindakan yang amat dituntut dan di perintahkan  Allah swt..

Firman Allah dama surah An-Nahl ayat 125 yang bermaksud :-

Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik.


Namun begitu, sejak kebelakangan ini kita lihat semakin banyak pihak yang tidak boleh ditegur biarpun apa yang dinyatakan oleh seseorang itu mempunyai kebenarannya. 

Pun begitu, Islam telah menggariskan dalam membuat teguran. Kita haruslah berhati-hati apatah lagi jika cuba bertindak sebagai 'Orang Perantaraan' untuk menjelaskan sesuatu perkara.

Hakikatnya, Islam memberi panduan yang jelas dalam memberi teguran dan bagaimana sikap kita apabila ditegur. Bagi saya sebagai manusia normal diberi akal tidak seharusnya melatah, apatah lagi terlalu emosional sehingga menyebabkan kita melafazkan kaata-kata yang tidak sepatutnya.

Ini tidak akan menyelesaikan masalah  malah hanaya akan mengeruhkan lagi keadaan. Tidak kira samaada kita dikedudukan yang mana pemimpin atau tidak, tetapi apa yang kita perkatakan pasti akan dinilai oleh setiap orang perseorangan dan ingat ia juga akan dihitung oleh Allah swt.

Kegagalan untuk mengawal perasaan ketika berhujah akan menyebabkan pelbagai perkara yang mungkin belaku antaranya tuduh-menuduh dan kesudahannya akan mencetuskan permusuhan..

Ingat lah tindakan ini bertentangan dengan firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 103 yang mengingatkan kita : Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali (agama) Allah dan jangan kamu bercerai-berai dan ingatkan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu bermusuh-musuhan, maka Allah menjinakkan hati kamu lalu jadikan kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang yang bersaudara, pada hal dahulunya kamu telah berada di jurang neraka, maka Dia menyelamatkan kamu daripadanya. Demikian Allah SWT menerangkan kepadamu ayat-ayat agar kamu mendapat petunjuk."

Mari lah kita sama fikir sejenak.. adakah kita boleh ke jalan lurus tanpa tegur dan nasihat.. 

Mood : sekadar luahan pemikiran pada hari sabtu di pejabat.. kesal dengan sikap sebahagian rakan kerja yang sukar menerima pandapat.. Jadi bila difikirkan kembali status umur, pangkat dan harta bukan meletakkan kita ini adalah yang terbaik dan lebih baik.. 

Setiap manusia ada kelemahan.. Jadi tak salah kalau kita menerima kelemahan kita ini sebagai batu loncatan untuk kita kehadapan.. Setinggi mana pun kita ingat lah hati kita tak akan aman jika ada orng perseorangan di sekeliling kita berasa hati.. 

kadang-kadang berdiam lebih baik dari bercakap.. Makin banyak kita bercakap makin menampakkan kelemahan..

Ingat semua tu akan diperhitungkan oleh Allah di akhirat kelak.. wassalam..

0 Komen/Ulasan:

Post a Comment

Terima Kasih melayari blog Mutiara Hati Insan
Thank you for visiting the blog Mutiara Human Liver .

10 Artikel Popular

List Blog

Peringatan :

Segala perkataan, gambar atau komen berunsur lucah, mengamcam atau memfitnah dengan niat untuk menjatuhkan, menganiaya, mengugut dan menggangu privasi penulis atau menggunakan mana-mana aplikasi secara beterusan atau tidak tanpa atau dengan mendedahkan identiti diri sebenar dengan niat yang sama juga menggunakan atau mencuri gambar, entri dan juga yang apa jua persamaan tanpa izin penulis blog ini sendiri, adalah melakukan kesalahan dan tindakan boleh dimabil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.