"Mutiara Hati Insan"








"Sekiranya anda datang dari lurah yang dalam dan bercita-cita menakluki puncak tinggi, itu bukan mimpi. selagi berpegang kepada visi dan matlamat yang jelas, berkomited untuk meneruskan perjalanan, berkemungkinan besar anda tetap akan berjaya. kalau pun tidak dapat mencapai puncak anda sebenarnya mangkin hampir kepadanya. itu lebih baik daripada MENDIAM DIRI "

MEMORY

MEMORY

..............

..............

.............

.............

Running

Running

Get this widget!

Menuju Kebaikan..

Friday, May 11, 2012

Ya Allah.. Jangan lah pesongkan akidah ku.
Setelah diberi petunjuk....
Salam Jumaat kepada semua...

Kita teruskan lagi hari ini dalam helaian bercerita berkenaan penumpang-penumpang di atas bahtera keimanan.. yang belayar bergerak menuju ke jalan Allah.. ke arah radhaNya, syurgaNya.. kerana keyakinan penumpang bahtera ini adalah, apabila ia begerak menujuNya, maka kehidupan akan disentuh kebaikan...

Aku penumpang bahtera memahami apakah maksud untuk pergi kepada Allah s.w.t.. itu adalah seperti melangkah dalam satu perjalanan.. Apabila aku sebut melangkah, apakah ia bermaksud statik?.. pastinya tidak.. dan pastinya ia begerak.. Apabila aku menyebut menempuh satu perjalanan, menuju sesuatu yang berada di hadapan, semestinya langkah itu begerak ke hadapan....

Ya!!! apabila bercakap berkenaan bahtera menuju ke jalan Allah s.w.t, maka sudah semestinya bahtera ini akan meninggalkan sesuatu...

Ia itu KEBURUKAN...

"Allah perlindung orang-orang yang beriman.. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (Kufur) keada cahaya (iman).. dan Orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut yang mengeluarkan meraka dari cahaya (iman) kepada kegealpan (kufur).. Mereka itulah ahli neraka.. Mereka kekal didalamnya" Surah Al-Baqarah (257)..

"Dialah yang menurunkan kepada hambanya (Nabi Muhammad) keterangan-keterangan Al-Quran yang teang nyata, kerana ia hendak mengeluarkan kamu dari gelap-gelita (kekufuran) kepad cahaya (iman) yang terang-benderang.. dan (ingatlah) sesungguhnya Allah maha mengasihani terhadap hambanya.." Surah Al-Hadid (9).

Alhamdulillah.. sesungguhnya Allah itu maha berkuasa.. Aku bertemu dengan seorang rakan yang boleh mengubah hati aku untuk terus berhijrah tanpa berfikir panjang untuk menuju ke jalan Allah... walaupun rakan ini tidak pernah aku kenal dan jumpa.. perkenalan kami hanya melalui ruang kenal di Internet sahaja..

Aku sedar untuk berubah bukannya semudah ungkapan.. tetapi aku juga sedar, perubahan bukanlah sesuatu yang mustahil.. dan apa yang penting adalah kekuatan dan niat yang ikhlas serta diselangi kesedaran pada diri..

"Kemudian apabila engkau telah berazam maka bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya." Surah Ali-Imran (159).

Selepas mendapat nasihat dan tunjuk ajar dari rakan yang benar-benar ingin menolong.. saban hari, setiap detik masa terluang, aku akan muhasabah diri.. dan kadang kala aku menangis sendirian mengenang dosa yang lalu..

Aku menilai semula apa yang telah dilakukan.. Prinsip aku mudah..

"HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM, DAN ESOK LEBIH BAIK DARIPADA HARI INI"..

Sabda Nabi s.a.w : "Katakanlah saya beriman kepada Allah, kemudian berpegang teguhlah".. Hadith Riwayat Muslim.

Sehingga ke hari ini Alhamdulillah segala perubahan ini berjalan dengan redho dan baik.. Aku melalui perubahan ini dengan sentiasa berwaspada dan menilai diri sendiri, agar aku tidak menyimpang dari landasan sebenar untuk menjadi hamba Allah s.w.t.. Mudahan Allah mempermudahkan segala urusan aku dalam menuju ke jalan yg benar..

Kadang-kadang aku terasa, sudah terlambat untuk bertaubat dan aku perlu belari menuju untuk mengejar ke jalan Allah.. tapi dari nasihat seorang sahabat, "biarlah perlahan asal berterusan.." "biar sedikit asal berkekalan.."

Dari nasihat ini aku akan bergerak dan terus begerak.. menuju ke gerbang yang sebenar... Doakan aku ye.. Mudahan niat baik ini berterusan dan kekal hingga ke akhir hayat...

Sedangkan Allah s.w.t mahu melihat amalan siapakah yang baik..

"Dia lah yang telah mendiptakan kematian dan kehidupan (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang terbaik amalannya, dan ia Maha Berkuasa (Membalas setia amalan), lagi Maha Pengampun (Bagi orang-orang yang bertaubat)" Surah Al-Mulk (2)..

Wassalam... :)


0 Komen/Ulasan:

Post a Comment

Terima Kasih melayari blog Mutiara Hati Insan
Thank you for visiting the blog Mutiara Human Liver .

10 Artikel Popular

List Blog

Peringatan :

Segala perkataan, gambar atau komen berunsur lucah, mengamcam atau memfitnah dengan niat untuk menjatuhkan, menganiaya, mengugut dan menggangu privasi penulis atau menggunakan mana-mana aplikasi secara beterusan atau tidak tanpa atau dengan mendedahkan identiti diri sebenar dengan niat yang sama juga menggunakan atau mencuri gambar, entri dan juga yang apa jua persamaan tanpa izin penulis blog ini sendiri, adalah melakukan kesalahan dan tindakan boleh dimabil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.