"Mutiara Hati Insan"








"Sekiranya anda datang dari lurah yang dalam dan bercita-cita menakluki puncak tinggi, itu bukan mimpi. selagi berpegang kepada visi dan matlamat yang jelas, berkomited untuk meneruskan perjalanan, berkemungkinan besar anda tetap akan berjaya. kalau pun tidak dapat mencapai puncak anda sebenarnya mangkin hampir kepadanya. itu lebih baik daripada MENDIAM DIRI "

MEMORY

MEMORY

..............

..............

.............

.............

Running

Running

Get this widget!

2 Puteri : Iman dan Izzati

Monday, May 14, 2012

Hari ni genaplah usia Iman 1 tahun 6 bulan 1 minggu 1 hari, manakala Izzati berusia 3 minggu 2 hari...

Pelbagai asam garam kami tempuh sebagai ibu bapa untuk 2 puteri ini, ternyata benar apa yg di katakan orang anak rapat ni penat sikit..

Penat tu adalah istilah yang subjektif..

buat masa sekarang ni Alhamdulillah le hasil kerjasama dan tolak ansur kami.. segala kerja jadi mudah.. mendidik anak adalah tanggungjawab suami isteri.. jadi bagi aku jika kita tahu dan anggap ia adalah tanggungjawab ia akan jadi mudah..

Nurul Iman..

Iman sekarang dah menjadi semakin bijak, comel dan pandai buat ragam sendiri..

Iman cepat belajar sesuatu hanya dengan melihat sahaja, dia dapat buat apa yang di lakukan oleh kita.. hai kadang2 naik marah jugak aku dengan gelagat dia. hehehe biasalah lelaki kan..

Iman juga pandai memegang pansel untuk menconteng pada buku dan dinding...

di dapur pulak dia pandai memunggah, selepas kami menyusun punggan di rak dia akan memunggah pinggan dan bekas2 yang mudah di capai untuk di buat mainan..

Tapi kalau bab nak berjalan tu.. dia lah orang yang paling sibuk, dan jika di sebut "mana baju iman" dia akan berlari ke bilik untuk mendapatkan baju di almari pakaian.. teletah dia tu yang buat aku dan isteri ketawa kecil.. ini lah dikatakan telatah anak yang mengembirakan.. hehehee

Selepas aku habis solat 5 waktu Iman akan tunjukkan rak susunan Al-Quran di rumah, seolah-olah tahu rutin harian dan minta aku membacakan kepada dia.. Alhamdulillah le sebab anak-anak abah ni dah padai menilai apa itu Al-Quran dan Buku biasa.. mudahan ia kekal hingga ke akhir hayat..Amin..

Impian Abah dan ibu nak Iman dan Adik Izzati menjadi orang yang berguna dan solehah.. mudahan Allah mempermudahkan urusan Abah dan Ibu untuk mendidik Iman..

jika ditanya bab Iman dan Izzati... aku berani katakan yang iman ni seorang anak yang baik dan terselit sikap kasih sayang, sebab jika terdengar adik menangis dia lah org pertama yang akan belari dan membuai-buai adik Izzati minta diam (seolah-olah memujuk) walaupun pada masa tu dia (Iman) tengah makan, minum dan sebagainya.. Jika salah seorang dari kami lambat datang, dia akan mengeluarkan suara seolah-olah memanggil kami untuk membantu dia memujuk adik Izzati...

Semalam dalam tidur Iman memanggil dengan perkataan "ADIK...ADIK..".. ternyata Iman ni amat sayang kan adik Izzati.. hingga bawa dalam mimpi.. Alhamdulillah.. mudahan Adik Izzati dapat menghormati Iman sebagai kakak..

Bukan itu sahaja.. Iman juga akan membantu ibu meletakkan pakaian adik yang kotor ke dalam raga pakaian di dapur.. suitt sangat tingkah laku iman...

Iman juga akan mencium pipi aku dan isteri setiap kali malah acap kali.. kadang2 tersentuh jugak hati lelaki aku dengan tindakan Iman..

itulah hikmah kejadian ANAK dalam keluarga...


Nurul Izzati..




Pada mulanya menjaga Izzati cukup mencabar.. sebab izzati ni kalau letak dan tinggal je mesti menanggis.. anak bongsu katakan, dia nak di peluk dan di buai selalu..

Hai!! kerja lain tak jadi macam ni heheehe.. so aku ni terpaksalah lupakan sukan kegemaran aku buat seketika.. sebab kena luangkan masa dengan keluarga dan membantu Isteri di rumah...

Aku yakin semua yang di jadikan adalah ketentuan Allah, dan setiap ketentuan ada hikmah disebaliknya..

Pada usia sekarang ni Izzati dah pandai ketawa jika aku senyum pada dia, dan kadang2 Izzati akan senyum dan ketawa kecil ketika aku membuaikan dia dalam dakapan.. hingga kan aku sendiri pun terikut tertawa... Comel sungguh Izzati jika dia ketawa..

Hilang segala masalah aku selepas lihat Izzati ketawa...

Baru semalam riaksi Iman seolah-olah geram dengan Adik Izzati.. mungkin dia geram sebab pipi Izzati mula tembam.. hehehe dia cubit pipi adik Izzati hingga naik merah.. apa lagi Izzati pun menangis.. hehehee
Comel lah riaksi adik dan kaka ni.. heheheee


Jika aku ingat kembali segala telatah Iman dan Izzati memang aku tak dapat mengungkapkan ia dengan menulis di blog ni sebab aku ni bukan penulis yang baik tapi cukuplah sekadar memori aku, isteri dan keluarga suatu hari nanti..

ternyata ia indah dan terlalu indah..

ok lah sampai di sini dulu.. wassalam

0 Komen/Ulasan:

Post a Comment

Terima Kasih melayari blog Mutiara Hati Insan
Thank you for visiting the blog Mutiara Human Liver .

10 Artikel Popular

List Blog

Peringatan :

Segala perkataan, gambar atau komen berunsur lucah, mengamcam atau memfitnah dengan niat untuk menjatuhkan, menganiaya, mengugut dan menggangu privasi penulis atau menggunakan mana-mana aplikasi secara beterusan atau tidak tanpa atau dengan mendedahkan identiti diri sebenar dengan niat yang sama juga menggunakan atau mencuri gambar, entri dan juga yang apa jua persamaan tanpa izin penulis blog ini sendiri, adalah melakukan kesalahan dan tindakan boleh dimabil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.