Hai!!

"Sekiranya anda datang dari lurah yang dalam dan bercita-cita menakluki puncak tinggi, itu bukan mimpi. selagi anda berpegang kepada visi dan memiliki matlamat yang jelas, anda berkomited untuk meneruskan perjalanan, berkemungkinan besar anda tetap akan berjaya.kalau pun tidak dapat mencapai puncak anda sebenarnya mangkin hampir kepadanya. itu lebih baik daripada MENDIAM DIRI "

MEMORY

MEMORY

..............

..............

.............

.............

Running

Running

Google+ Followers


Get this widget!

Iman dan Izzati Menyusu..

Tuesday, May 22, 2012

Hari ni, saya semakin bersemangat untuk mencari maklumat dan berkongsi cerita tentang penyusuan di blog ni.. sebab semakin ramai para ibu dan bapa selepas mambaca kisah Stok susu Ibu yang saya upload semalam mengucapkan syabas malah ada yang meminta nasihat berkenaan penyusuan..

Saya ni bukanlah hebat sangat dalam bab ilmu penyusuan ibu ni.. Maklumat penyusuan ni pun saya cari dan terima selepas Isteri saya melahirkan Iman serta dari sikap kesungguhan dia menyusukan Iman sepenuhnya dengan susu Ibu membuatkan saya terbuka untuk mencari dan mendalami ilmu penyusuan ni.. pernah sekali tu, pengasuh iman memberi Iman minum air masak sedikit dengan alasan nak bagi Iman rasa air lain jugak.. selepas tu terus Isteriku hilang mood dan esoknya, isteriku beri lebih susu simpanan kepada pengasuh dengan harapan pengasuh tu tak beri lagi air masak kepada Iman.. kalau tak silap aku masa tu Iman baru berusia 3 Bulan..

Tapi sekarang Iman dah menggunakan susu formula, kalau tak salah saya-lah Iman mula menggunakan susu formula ketika berusia 6 bulan 3 minggu kerana isteri ku tak dapat menghasilkan susu yang banyak seperti sebelumnya dan di sahkan mengandung.. Tapi kekuatan dan motivasi Isteriku kuat, dia percaya pada rezeki kerana penyusuan Ibu adalah lebih kepada kualiti berbanding kepada kuantiti (pada usia anak melebihi usia 6 bulan)..

Dari semangatnya yang kuat tu Iman masih lagi minum susu Ibu ketika ditinggalkan bersama pengasuh dan di tambah susu formula sebagai tambahan jika susu Ibu yang dibekalkan habis.. Bermulalah Iman dengan susu campur (susu badan dan susu formula) dan beterusan hinggalah Iman menjangkau usia 1 tahun 2 bulan.. selepas tu Iman diberi susu formula sepenuhnya kerana Isteriku kami takut penyusuan Iman akan menjejaskan kesihatan Isteri aku dan kandungannya..

Selepas kehadiran adik (Nurul Izzati) Iman kembali menghisap susu Ibu, tapi masih campur dengan susu formula. Masa tu riaksi dan selera Iman lebih kepada susu Ibu, malah kadang2 aku lihat Iman seperti fully brest fiding pulak hingga sekarang.. mana taknya kan, susu formula yang kami beli dah nak masuk 2 bulan tak tukar yang baru.. 

Tandem Nursing!!!.. itu lah yang dialami Isteriku sekarang.. atau lebih dikenali sebagai menyusukan kedua-dua anak.. ada maklumat  berkenaan Tandem Nursing yang aku dapat dari blog penyusuan Ibu dan bertanya pada rakan2.. Kelebihan Tendem Nursing ialah antaranya hubungan antara kedua-dua anak anak lebih erat kerana mereka berkongsi sesuatu yang "penting" apatah lagi susu ibu..

Selain tu, Tendem Nursing juga membantu emosi ibu selepas melahirkan dan emosi anak yang lebih besar sebaik sahaja menerima kehadiran "orang baru" dalam komuniti keluarga.. Dia tak akan ketinggalan dalam apa jua aktiviti ibu dan bayi baru.. 

Ternyata semua ni telah saya dan isteri alamai.. Alhamdulillah, hubungan Nurul Iman sebagai kakak dan Nurul Izzati semakin erat, dari sikap Iman yang lebih menunjukkan kasih dan sayang pada adik, walaupun usia Iman sekarang 1 tahun 6 bulan..

Tendem Nursing selepas bersalin turut membantu para ibu mengurangkan risiko bengkak susu dimana anak yang lebih besar mempunyai lebih kemahiran untuk "membantu" ibu mengosongkan payudara...

Cuma saya masih mencari.. adakah Tendem Nursing ni kan meingalkan kesan dari segi kesihatan kepada Isteriku dan Penyusuan ni akan bertahan berapa lama disebabkan Tendem Nursing..

Insya'Allah jika saya dapat maklumat tu saya akan kongsi bersama sebagai Peringatan dan Ilmu kepada kita semua.. Mudahan rumahtangga yang di bina kekal selamanya hasil dari persefahaman dan bantu membantu.. 

Wassalam

Sumbar dari : Penyusuan Ibu..

1 Komen/Ulasan:

Anonymous said...

Sokong!!!!

Post a Comment

Terima Kasih melayari blog Mutiara Hati Insan
Thank you for visiting the blog Mutiara Human Liver .

10 Artikel Popular