"Mutiara Hati Insan"








"Sekiranya anda datang dari lurah yang dalam dan bercita-cita menakluki puncak tinggi, itu bukan mimpi. selagi berpegang kepada visi dan matlamat yang jelas, berkomited untuk meneruskan perjalanan, berkemungkinan besar anda tetap akan berjaya. kalau pun tidak dapat mencapai puncak anda sebenarnya mangkin hampir kepadanya. itu lebih baik daripada MENDIAM DIRI "

MEMORY

MEMORY

..............

..............

.............

.............

Running

Running

Get this widget!

Muhasabah Diri..

Sunday, May 13, 2012

Kebanyakan dari kita termasuk diri saya sendiri akan muhasabah diri bila tibanya tahun baru, tak kiralah tahun baru islam mahupun tahn baru masihi... dan kebanyakan kita sibuk memuhasabah diri untuk menetapkan azam baru, mempertingkatkan mutu dan kualiti dalam hidup..

Tapi bila difikirkan kembali Muhasabah diri hendaklah dilakukan selepas setiap amal yang dilakukan agar hati menjadi tenteram agar ia tidak menyimpang dari Landasan Islam yang sebenar..



Mengikut Ibnu Qudamah:
"Pengertian muhasabah ialah melihat keadaan modal, keadaan keuntungan dan kerugian, agar dapat mengenalpasti sebarang penambahan dan pengurangan. Modalnya dalam konteks agama ialah perkara yang difardhukan, keuntungan ialah perkara sunat dan kerugiannya pula ialah maksiat."
Ibnul Qaiyim pula berkata:
"Muhasabah ialah membezakan antara apa yang diperolehinya dan apa yang perlu ditanggungnya. Setelah mengetahui yang demikian, maka dia hendaklah membawa apa yang diperolehinya dan melunaskan apa yang ditanggungnya. Dia seolah-olah seorang musafir yang tidak akan kembali."


Bagi aku, setia dari kita perlu muhasabah diri.. agar kita dapat menilai setiap perubahan pada diri kita, adakah ia mencapai metlamat, menghampiri matlamat atau lebih teruk menjauhi matlamat yg kita tetapkan..
Dato' Dr. Fadilah Kamsiah jugak pernah menyatakan kelebihan bagi orang-orang yang suka mermuhasabah diri, antaranya :
1) Dapat mengenali kekurangan Diri, maka dengan itu dapatlah kelemahan itu di perbaiki...
2) Dapat bertaubat, menyesali dan meningal setiap kesalahan yag dilakukan..
3) Dapat mengenali hak Allah ke atas diri kita...
4) Dapat mengelakkan diri dari mengulangi kesalahan lepas..
5) Dapat mempersiapkan diri sebelum bertemu Allah..

Seperti yang di katakan oleh Umar Al-Khattab : "Hitunglah diri kamu sebelum kamu dihitung, timbanglah amalanmu sendiri sebelum ia ditimbangkan untukmu, dan bersedialah untuk hari pembentangan amal yang besar, sesungguhnya hisab pada hari kiamat menjadi ringan bagi sesiapa yang melakukan muhasabah diri di dunia ini."
Marilah kita sama-sama sentiasa memuhasabah diri dari masa ke semasa, agar dapat memperbaiki dam mempertimbangkan prestasi diri kita dan lebih-lebih lagi dalam mengerjakan ibadah kepada Allah. semoga hari ini lebih baik dari hari-hari kita yang sebelumnya..
Wassalam...

0 Komen/Ulasan:

Post a Comment

Terima Kasih melayari blog Mutiara Hati Insan
Thank you for visiting the blog Mutiara Human Liver .

10 Artikel Popular

List Blog

Peringatan :

Segala perkataan, gambar atau komen berunsur lucah, mengamcam atau memfitnah dengan niat untuk menjatuhkan, menganiaya, mengugut dan menggangu privasi penulis atau menggunakan mana-mana aplikasi secara beterusan atau tidak tanpa atau dengan mendedahkan identiti diri sebenar dengan niat yang sama juga menggunakan atau mencuri gambar, entri dan juga yang apa jua persamaan tanpa izin penulis blog ini sendiri, adalah melakukan kesalahan dan tindakan boleh dimabil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.