"Mutiara Hati Insan"








"Sekiranya anda datang dari lurah yang dalam dan bercita-cita menakluki puncak tinggi, itu bukan mimpi. selagi berpegang kepada visi dan matlamat yang jelas, berkomited untuk meneruskan perjalanan, berkemungkinan besar anda tetap akan berjaya. kalau pun tidak dapat mencapai puncak anda sebenarnya mangkin hampir kepadanya. itu lebih baik daripada MENDIAM DIRI "

MEMORY

MEMORY

..............

..............

.............

.............

Running

Running

Get this widget!

Malaysia Negara ke-34 paling biadap

Sunday, July 29, 2012

Semalam Rancangan Nasi Lemak Kopi O membincangkan isu Malaysia antara negara ke-34 dari 36 negara yang memiliki penduduk paling biadap di dunia. Sumber ini diperolehi dari kajian oleh Reader Digest dan The Star, berikut adalah 10 perangai buruk Rakyat Malaysia yang menyumbang kepada ranking tersebut.

Mula-mula dengar perkara ini terkejut jugak, sebab Malaysia antara negara membangun dan berilmu tetapi diletakkan sebagai negara paling biadap. Malu jugak, tapi bila difikirkan kembali lebih baik kita berfikiran positif dan cermin diri kita dimana kedudukan kita. Kalau tak ada anggin masakan pokok bergoyang moga ia menjadi motivasi untuk diri kita..

Memang betul bukan semua rakyat Malaysia memiliki sikap seperti ini.. Kepada yang memiliki sikap seperti ini marilah kita sama-sama berubah ke arah kebaikan. Tak rugi pun, percaya lah..

Antara 10 pekara yang meletakkan Malaysia sebagai negara yang memiliki perangai buruk :-

1. Memandu secara merbahaya, tukar line tanpa bagi signal, suka cucuk (Follow kenderaan rapat) dan hon sesuka hati.

2. Takpatuh papan tanda arahan antaranya makan dalam LRT, merokok di tempat larangan merokok, membuang sampah merata tempat dan parkin di kawasan yang tidak dibenarkan.

3. Mengambil hak parking kereta walaupun tahu ada orang menunggu untuk memasuki parking tersebut

4. Tak beri tempat duduk kepada wanita mengandung dan orang tua.

5. Tak beri laluan kepada penumpang untuk turun dan terus naik (pengangkutan awam).

6. Cakap telefon dengan bisingnya dikawasan awam terutama di panggung wayang.

7. Tak tolong buka pintu masuk atau pintu lift kepada orang dibelakang.

8. Tak cakap TERIMA KASIH selepas mendapat sesuatu manafaat.

9. Tak ada tanggungjawab - tinggalkan troli dikawasan letak kereta. mengotorkan tandas awam.

10. Selalu lambat dan tak tepati masa.

Gambar dari Internet.

8 Komen/Ulasan:

Anonymous said...

Betul ke ni..

Anonymous said...

Memalukan je.. tapi aku rasa kalau di buat kajian negeri dalam Malaysia ni.. tentu KL lah yang paling banyak..

Anonymous said...

Maaf lah ye.. bukan semua rakyat Malaysia macam tu.. note..

Anonymous said...

Becakap kuat dengan telefon pun dikira biadap ke..

Anonymous said...

Biasalah kadang2 kita tak perasan lah.. bercakap kuat..

syed azhar said...

ada satu lg depa tak senaraikan iaitu rakyat malaysia gemar memotong barisan (Q)! . Mungkin ramai yang tak percaya tapi ini adalah realiti !!! bukan rekaan.

Saiful Runner said...

Betul tu.. banyak sebenarnya perbuatan rakyat Malaysia yang dikira perlu diubah sebab memalukan..

Anonymous said...

Malu sangat... sbb semua nyer betul... majoritinya iyaa... budak sekolah skrg pun berbahasa kurang sopan... caci maki biasa bagi mereka... aduhai.. stress...

Post a Comment

Terima Kasih melayari blog Mutiara Hati Insan
Thank you for visiting the blog Mutiara Human Liver .

10 Artikel Popular

List Blog

Peringatan :

Segala perkataan, gambar atau komen berunsur lucah, mengamcam atau memfitnah dengan niat untuk menjatuhkan, menganiaya, mengugut dan menggangu privasi penulis atau menggunakan mana-mana aplikasi secara beterusan atau tidak tanpa atau dengan mendedahkan identiti diri sebenar dengan niat yang sama juga menggunakan atau mencuri gambar, entri dan juga yang apa jua persamaan tanpa izin penulis blog ini sendiri, adalah melakukan kesalahan dan tindakan boleh dimabil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.